top of page

WISE (Lebuhraya Ipoh West Span Expressway)

Writer's picture: IRSIRS

Projek Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) merupakan lebuhraya baru dari Gopeng ke Kuala Kangsar di Perak sepanjang 60km bagi mengelakkan laluan berbukit dan berbahaya yang dikenali sebagai laluan Terowong Menora yang menelusuri Banjaran Kledang terutama bagi kenderaan berat dan waktu puncak. Lebuhraya ini mempunyai 6 susur keluar (2 di Gopeng, 1 di Jerlun, 1 di Seputeh, 2 di Kuala Kangsar) dan bermula pada tahun 2024 dan dijangka akan siap pada 2028. Ia direka untuk mempunyai 3 lorong (pergi dan balik), Ia direka mempunyai kelajuan 120km/j dan hadlaju maksimum 110km/jam. Terdapat 2 kawasan rehat dan rawat di Bertandang dan Berlunjur sesuai untuk kenderaan ringan dan berat serta sistem tol bertutup (Wise).


 

Halaju rekaan adalah halaju yang biasa digunakan oleh jurutera untuk merekabentuk geometri jalanraya, Halaju rekaan ini biasanya mempengaruhi/dipengaruhi oleh rekaan /radius selekoh, rekaan jalan untuk mendaki, lebar lorong, lebar bahu jalan, lokasi jalan (bandar/pedalaman), atau jenis jalan.


Biasanya jalan jenis lebuhraya R5 (Highway) atau R6 (Expressway) direka mempunyai kelajuan 120km/jam, dan dikurangkan menjadi 110km/jam (dan digelar operating speed), manakala lebuhraya di bandar U5 atau U6 dikurangkan kepada 100km/jam atau 90km/jam. Urban dan Rural dibezakan berdasarkan lokasi jalan/lebuhraya tersebut berada.


Jadi mungkin WISE ini banyak melalui kawasan Rural dan aksesnya dikawal (bermakna masuk dan keluar lebuhraya dikawal oleh susur keluar sahaja, maka ia direka untuk R5 dan ke atas.

 

Projek ini dijangka dapat mengurangkan beban trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sebanyak 40%, dan sekiranya tidak dibina Lebuhraya PLUS (terutama laluan Kuala Kangsar - Gopeng yang sekarang berada pada LOS D akan mencecah kapasiti penuh (LOS F) pada 2030. (MalayMail)


 

Apakah LOS?


LOS adalah Level of Service (LOS), penerangan lanjut bolehla dilihat di penerangan dalam Wikipedia ini (wikipedia). Namun secara ringkasnya terdapat 6 jenis LOS, dinamakan LOS A sehinggalah LOS F.

LOS A - Kenderaan sangat kurang dan boleh dipandu mengikut kelajuan yang dimahukan tanpa ada gangguan.

LOS B - Masih selesa, boleh dipandu pada kelajuan ditetapkan (cth 110km/jam), tetapi sentiasa berhati-hati kerana bilangan kereta agak banyak dan seandainya terjadi apa-apa dihadapan (kemalangan dsb), kesesakan mudah berlaku.

LOS C - Kenderaan banyak, namun perjalanan lancar, boleh dipandu dalam kelajuan 60 - 80km/jam.

LOS D - Kenderaan banyak, kadangkala terjadi kesesakan, akibat kenderaan keluar masuk, namun, perjalanan masih lancar cuma terjadi kesesakan pada tempat-tempat tertentu akibat bilangan kenderaan.

LOS E - Terjadi kesesakan, kenderaan boleh berjalan, namun terhenti-henti.

LOS F - Kesesakan teruk, atau digelar standstill traffic.


Keadaan LOS ini boleh berubah-ubah di atas jalan yang sama, mungkin pada waktu yang berbeza atau kilometer yang berbeza, contoh, sebatang jalan mungkin mempunyai LOS C pada awalnya, tetapi LOS F kerana ada simpang yang mempunyai banyak kenderaan keluar masuk atau waktu orang eprgi balik kerja.

 

Dalam perkembangan lain, Kementeria Kerja Raya (KKR) mengesahkan projek WISE ini telahpun mendapat kelulusan pada Oktober 2024 dan ia merupakan salah satu dari 5 projek yang mendapat keutamaan dalam perancangan kerajaan dalam pendekatan PPP (Private Public Project) (kosmo).


Menurut konsesi projek, East Coast Road (ECR), Projek ini yang menelan kos sebanyak RM5.75 billion pada awalnya, telah meningkat sehingga RM6.2 billion. Antara perjanjian konsesi tersebut adalah kadar tol sebanyak RM0.23/km selama 55 tahun dan akan menggunakan konsep MLFF (Multi Lane Free Flow) (paultan), konsesi ini termasuk 4 tahun tempoh pembinaan (MalayMail)


0 views0 comments

Recent Posts

See All

Projek Mobiliti Johor

Wakil-wakil dari kerajaan negeri Johor, Jabatan Kerja Raya negeri, serta wakil daripada MoT dan Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) Pejabat...

Lingkaran Tengah Utama (Central Spine Road)

Maklumat mengenai LTU ini bolkeh didapati di Wikipedia dan kebanyakan maklumat-maklumat yang saya paparkan dalam web ini adalah lanjutan...

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • Instagram
  • Facebook
  • LinkedIn
  • TikTok
  • X
  • Telegram
  • Whatsapp

© 2020 by IRS. 

Tel. 013-729 7847

bottom of page