Apakah Self Compacting Concrete (aka SCC)?
SCC adalah sejenis konkrit yang boleh mengalir dengan sendirinya tanpa bantuan penggetar (external vibrator atau poker) untuk membantu dalam proses pemampatan, sehinggalah konkrit tersebut mengeras.
Jadi sudah pastilah dalam ertikata lain, konkrit tersebut mestilah cair tetapi mengekalkan kekuatan mampatan sepertimana diperlukan seperti kehendak pengguna.
Ia biasanya digunakan dalam struktur-struktur yang agak susah untuk penggetar sampai, seperti struktur yang mempunyai terlampau banyak besi yang menghadang penggetar dimasukkan, atau struktur yang terlalu besar, atau struktur di dalam tanah yang mana kita tidak tahu keadaannya.
Untuk menentukan pemilihan SCC ini, faktor-faktor berikut perlulah diambil kira, menurut MS EN 206 - Annex G.
Keadaan dimana SCC akan dituang, contohnya rapatnya susunan besi, bentuk struktur atau formwork, tempat, bilangan ruang konkrit untuk dituang dan lain-lain lagi) ini adalah kerana saiz maksimum aggrregate juga perlu diambil kira, tidak guna jika kita menukar dari konkrit biasa ke SCC semata-mata kerana besi yang rapat, namun tidak mengambil kira saiz batu maksimum yang perlu dikecilkan untuk memudahkan konkrit mengalir.
Kaedah menuang konkrit - sejauh mana dari satu point ke satu point yang lain apabila konkrit dituang.
Kaedah konkrit diletakkan dalam acuan - pam atau tremie.
Kaedah finishing.
Saya lebih berminat dengan kaedah ujiannya, bilangan ujiannya agak banyak dari konkrit biasa kerana ia mempunyai beberapa parameter yang perlu diketahui sebelum SCC boleh digunakan,
Dalam MS EN 206, ia memberikan 4 parameter ujian iaitu :-
Aliran slump Slump flow - SF; or/and
Kelikatan, Viscosity - VS atau VF; or/and
Kebolehlepasan, Passing Ability, PS atau PJ; or/and
Rintangan Pengasingan, Segregation Resistance, SR.
Slump-flow - SF
Slump flow menggunakan peralatan yang sama seperti slump, cuma ada tambahan, iaitu, slump flow board yang biasanya mempunyai gegelung berdiameter 500mm, 600mm dan 700mm.
Selepas cone slump diangkat, konkrit akan dibiarkan mengalir, kerana konkrit ini adalah benar-benar cair dan akan mengalir dalam bentuk bulat, namun kita perlu lah memerhatikan bentuk alirannya, kerana ia perlulah sekata tanpa pengurasan (leaching), pengurasan adalah satu situasi dimana air simen terurai dari batuan, jadi dengan kata lain bentuk alirannya perlulah kelihatan seperti larva gunung yang bergerak dalam bentuk cecair likat.
Dalam MS EN 206 terdapat 3 jenis kelas slump flow, iaitu SF1 (550mm-650mm), SF2 (650mm-750mm) dan SF3 (750mm-850mm), jadi semakin tinggi nilai SF, maka semakin cair konkrit tersebut dan lebih mudah bergerak kedalam acuan sendiri. Video di bawah adalah bagaimana ujian slump flow dijalankan.
Viscosity -VS atau VF
Passing Ability, L Box atau J-Ring
Sieve Segregation Resistance.
Terdapat juga tapak bina atau jurutera yang mengambil inisiatif membuat mock-up dengan membuat satu acuan dan meng'ikat' besi rebar dengan begitu padat dalam bentuk rasuk (beam), menggambarkan keadaan sebenar di tapak, dan menuang konkrit hanya di satu hujung, dan memerhatikan bagaimana pergerakannya hingga ia sampai ke satu lagi hujung, biasanya ujian ini dibuat sekiranya konkrit tersebut merupakan konkrit precast atau site-mixed.
Manakala, bagi konkrit ready-mixed cukup sekadar memilih ujian dan kelas seperti diterangkan di atas untuk menentukan kualiti konkrit SCC yang diperlukan, jadi kedua-dua pihak, konsultan dan batching plant, perlulah faham tentang kenapa SCC dipilih dan ujian apakah dari 4 ujian yang diterangkan di atas sesuai dilakukan.
Contohnya,
jika kawasan yang menggunakan konkrit itu tidak ada rebar atau terlampau sedikit, jadi mungkin ujian passing ability boleh dikecualikan;
Ujian viscosity mungkin diperlukan bagi SCC yang mementikan kemasan permukaan. (finishing).
Segregation resistance mungkin diperlukan berdasarkan struktur yang tinggi atau permukaan atas yang terdedah.
Comments