top of page

Projek Giga Arab Saudi, NEOM

Writer's picture: IRSIRS

Updated: Dec 19, 2024

Ini merupakan lanjutan dari artikel saya yang bertajuk Projek Giga Arab Saudi


Neom adalah salah sebuah projek giga Arab Saudi, sebahagian dari perancangan Arab Saudi untuk membangunkan penempatan generasi baru dalam Wawasan 2030 Arab Saudi, projek ini mendapat tumpuan berita kerana banyak projek-projek mega yang belum pernah dibangunkan di tempat-tempat lain sebelum ini, antaranya The Line, Oxagon, Sindalah dan Trojena. Namin banyak juga kontroversi terpalit dalam perancangan projek ini yang akan kita bincangkan kemudian.

Neom yang mendapat namanya gabungan dari 2 perkataan, Neo, yang bermaksud baru (new) dalam bahasa greek digabungkan dengan huruf pertama perkataan Arab, Mustaqbal, yang membawa maksud masa depan.. Jadi maksudnya ialah masa depan yang baru. Neom bukanlah sebuah projek individu, tetapi sebuah kawasan atau daerah pembangunan di barat laut Arab Saudi yang mana akan dibangunkan satu ekosistem, (ia menyamai Iskandar Region Development Authority, East Coast Economic Region atau North Corridor Economic Region), Neom adalah daerah pembangunan baru yang menekankan pembangunan teknologi, saintifik, dan lain lain lagi. Di dalam Neom ini sendiri mempunyai projek-projek mega yang dibangunkan yang unik serta belum pernah disaksikan mana-mana tempat di dunia.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari video yang saya cuplik dari laman youtube Neom sendiri.



 

The Line


The Line merupakan projek paling banyak mendapat perhatian, untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh melayari video di bawah yang diambil dari Youtube mengenai apakah projek The Line itu.


Secara ringkasnya, projek The Line adalah projek 2 buah bangunan setinggi kira-kira 500-meter dan sejajar antara satu sama lain sepanjang 170km dan terletak 200meter antara satu sama lain yang akan menempatkan penempatan baru buat kira-kira 9 juta penduduk, di kawasan seluas 34km2 (170km x 0.2km) yang akan dihubungkan melalui 135 modul (NewCivilEngineer).


Bandar ini merupakan dirancang menjadi bandar kurang pengeluaran karbon dimana kereta dan pengangkutan persendirian tidak dibenarkan, sebaliknya menggunakan pengangkutan awam yang menggunakan tenaga eletrik.


Walaubagaimanapun, projek ini sudahpun terpalit dengan pelbagai kontroversi, pada IRS, sudah menjadi lumrah, apabila sesebuah projek mega dijalankan, sudah pastilah banyak kontroversi akan terpalit. Contohnya di Malaysia sendiri, apabila projek KLIA ingin dibangunkan, ramai menyatakan bahawa projek tersebut pasti akan menjadi projek gajah putih kerana lokasinya serta bajet yang besar.


Antara kontroversi, serta persoalan-persoalan yang dimainkan adalah. menurut laman sesawang NewCivilEngineers, mereka cuba untuk mendapatkan maklumat kejuruteraan dari pemegang taruh project The Line ini, antara maklumat-maklumat kejuruteraan, namun seolah-olah maklumat maklumat ini ditutup secara keseluruhannya kepada orang awam, dan bukan sekadar itu, kemajuan projek juga tidak diberitahu langsung. Antara maklumat-maklumat yang ingin diperolehi adalah :-


  1. Projek sepanjang 170km ini adalah projek struktur yang terlampau panjang, jadi bagaimana dengan pengembangan haba (thermal expansion), pengecutan konkrit (concrete shrinkage) dan kajian mengenai seismik (gegaran atau gempa bumi) di kawasan itu yang menurutnya aktiviti seismik bukanlah ancaman besar, namun untruk struktur sebesar itu, perlulah diambil kira dan kebetulan kawasan itu sudah hampir dengan garisan benua Afrika, Asia dan Eropah.

  2. Jajaran The Line sepanjang 170km itu melalui kawasan rata dibahagian barat, namun mula beralun dan melalui kawasan banjaran (kebanyakannya batu kapur) Hijaz di timur, jadi sudah pastilah banyak kerja-kerja tanah seperti pengorekan dan pemecahan batuan. Apakah kaedah digunakan untuk memecahkan batuan di sana, kerana untuk membawa masuk bahan letupan dengan kuantiti yang banyak di Arab Saudi bukanlah mudah, adakah hanya bergantung harap pada kaedah pengorekan yang akan memakan masa?

  3. Untuk mendapatkan air dengan kuantiti yang banyak di kawasan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah, air untuk kegunaan kem pekerja serta bancuhan konkrit, kaedah apa air diambil, adakah aquifer? atau penyahgaraman air laut (desalination)?

  4. Menurut NewCivil Engineer, jika mengikut profile mukabumi sepanjang jajaran The Line, adalah hampir mustahil jika bangunan itu dibuat dalam aras yang sama sepanjang 170km kerana permukaan mukabumi, jadi ada kebarangkalian (seperti dalam gambar di bawah), bangunan itu dibuat mengikut muka bumi, walaubagaimanapun, kesemua konsultan yang bekerja untuk projek itu tidak dapat memberi jawapan atas maklumat mengenai projek tersebut.



 

Oxagon


Oxagon adalah bandar industri terapung, yang terletak di tepi pantai menghadap Laut Merah. Lokasinya yang strategik sesuai untuk 13% laluan maritim dunia dari Eropah dan Amerika melalui terusan Suez ke Asia. Ia menggabungkan pelabuhan integrasi, pusat logistik dan kemudahan perkilangan termaju. Pada IRS, ia akan menjadi hab bagi perindustrian, bukan sahaja di dalam kawasan Oxagon, tetapi sekitarnya, seperti mana Perai, Senai atau Klang di Malaysia.


Ini adalah perancangan jangka masa panjang Arab Saudi kerana pelabuhan yang terdapat di Oxagon ini mempunyai lokasi yang strategik bagi Belt and Road Initiatives (BRI) dari China, yang mana China sekarang banyak berharap kepada Gwadar Port yang terletak di Pakistan untuk laluan darat kargonya bagi mengelakkan 'Dilema Melaka' (Dilema Melaka adalah satu terma yang dicipta oleh Presiden Hu Jintao pada 2003 untuk menyatakan bahawa selat yang sempit di Melaka menganggu perjalanan banyak kapal kargo serta minyak yang banyak dikuasai oleh Singapura yang bersekutu dengan USA).


Pelabuhan kontena Oxagon, yang dijangka siap pada 2030 nanti, akan berupaya mengendalikan 12 juta TEU's (untuk bandingan, Pelabuhan Barat Klang berupaya mengendalikan 14 juta TEU pada 2023).


 

Trojena


Trojena merupakan satu-satunya resort pergunungan di Arab Saudi.

Trojena yang akan menjadi hos bagi 2029 Asian Winter Games telah dimulakan pembinaannya pada 2022, ia terletak 30km dari teluk Aqaba dan berdekatan dengan sempadan Jordan, terletak di Banjaran Sarawat. Ketinggian Trojen adalah antara 1500m sehingga 2600meter dari aras laut (berdasarkan perbezaan ketinggian di pergunungan Sarawat, suhunya di antara -17 darjah celcius (C) sehingga 22C.


Trojena akan mempunyai tasik buatan sepanjang 2.8km yang akan dibekalkan dari 3 empangan. Tasik itu akan berbentuk seperti kapal dan akan digunakan untuk aktiviti akuatik dan janaan kuasa hidroeletrik.


Trojena dikatakan bakal mempunyai 140,000 pekerja untuk membinanya. Manakala apabila siap, Trojen dijangka akan menarik pelancong sebanyak 700,000 pelancoong dan 7,000 penduduk.


Projek Trojena ini, buat masa ini merupakan projek kerja tanah terbesar di dunia, dengan 15juta m3 bahan korekan akan potong dan timbus (cut and fill) di serata projek Trojena ini, dan yang paling utama adalah empangannya.


Permintaan konkrit bagi keseluruhan projek ini adalah 7.3juta m3, ini termasuklah 53% untuk bangunan dan 47% untuk empangan. Toidak ada aggregate dibawa dari luar, kesemuanya dikitar dari bahan-bahan dalam tapak projek ini.


Empangan utama tersebut akan menahan sebanyak 55billion liter air dan akan menggunakan 3juta m3 konkrit.


Projek ini dikatakan boleh mengurangkan penggunaan karbon dunia, seperti mana antara matlamat Neom adalah mengurangkan karbon, ini termasuklah perancangan bandarnya untuk mengurangkan penggunaan kereta dalam bandar-bandar di Neom, namun terpalit dengan persoalan penggunaan karbon sewaktu pembinaannya.



Trial Mix di Trojena Sumber : Civil Engineering Quality Control Facebook
Trial Mix di Trojena Sumber : Civil Engineering Quality Control Facebook

Seperti video youtube di atas, Pengurus Pembinaan projek itu menyatakan bahawa 0.4juta tan carbon dapat dikurangkan, melalui pengurusan logistik batuan dimana kebanyakan batuan dari tempat korekan, dibawa ke pusat penghancuran batu yang diatur supaya berdekatan dengan tempat batuan itu diambil dan kebanyakannya menggunakan loji penghancuran mudah gerak (mobile crushing plant), namun persoalan yang ditimbulkan adalah, menurut Snowbrains, bukan mengenai pengangkutan sahaja.


Simen menghasilkan karbon, sewaktu proses penghidratannya :-


1 meter konrit mempunyai kira-kira 250kg simen (Grade 20-30), keseluruhan projek menggunakan 7.3juta m3, jadi menggunakan kira-kira 1.825 billion kg simen (1.825 juta tan).


Jika 0.5tan carbon dihasilkan (berdasarkan simen paling rendah karbon) bagi setiap 1 tan simen, maka projek ini akan menghasilkan kira-kira 0.91 juta tan karbon.


Jadi, pengurangan sebanyak 0.4juta tan karbon akan digantikan dengan 0.91 juta tan karbon dihasilkan.

 

Sindalah


Sindalah adalah projek destinasi resort pulau mewah, terletak 5km dari garis pantai Neom dan berkeluasan 840,000m2 dan dibina dengan 86 ranjang (berth) untuk Marina dan kelab kapal layar.Terletak kira-kira 17 jam (melalui laut) dari laut Mediterannean. Sindalah menewarkan hotel dengan 440 bilik, 88 villas dan 218 apartment servis.


Sindalah dijangkakan akan siap sepenuhnya pada 2025, dengan menggunakan 30,000 tenaga kerja dan 60 kontraktor. Apabila siap kelak, dijangkakan mampu menampung sebanyak 2400tetamu sehari dan menjana 3500 peluang pekerjaan.

 

Magna


Magna adalah pembangunan di sebanyak 12 lokasi di sepanjang Teluk Aqaba sepanjang 120km (factsmagazines). Antara lokasi pembanagunannya ialah Aquellum, Elanan, Epicon, Gidori, Jaumur, Leyja, Norlana, Siryana, Treyam, Utamo, Xaynor dan Zardon.


Aquellum.


Aquellum adalah sebuah pembangunan unik di dalam bukit di tebing lautan Teluk Aqaba, pintu masuknya adalah melalui marina pertama yang terapung di dunia, serta mempunyai vesel bawah lautan untuk membawa pelancong atau residen ke menara dalam bukit tersebut. Vesel tersebut akan masuk ke bawah menara dan kesemua fasiliti seperti kondominium, hotel, wayang, dan hab inovatif terdapat didalamnya. Antara struktur penting dalam menara tersebiut adalah laman tengah (courtyard) yang menjulag dari laut di bawah sehingga ke langit di atas dengan permukaan tanah di kemuncaknya. Arkitek struktur ini berkata bahawa mereka memfokuskan rekaan dalaman berbanding luaran yang ditutup dengan tanah dan batu.



Elanan

Tidak ada struktur yang menarik untuk diceritakan dalam projek Elanan ini melainkan ia hanyalah kawasan 'healing' bagi golongan kaya yang bekalan airnya diambil dari sumber air mata air yang berdekatan.



Epicon

Epicon adalah sebuah pembangunan berbentuk hotel dan kondominium berbentuk futuristik dengan mempunyai banyak struktur terjulur (cantilever), IRS tidak tahu strukturnya dibuat dari apa, tetapi biasanya jika struktur terjulur terpampau panjang, besi merupakan bahan terbaik berbanding konkrit.

Gidori

Gidori merupakan sebuah kawasan tertumpu kepada peminat golf, tertumpu kepada sebuah bangunan berbentuk piramid yang mana kesemua bilik menghadap laut dan menempatkan sebuah padang golf 18 lubang. Pelawat juga boleh memilih untuk menginap di 200 vila yang terdapat di sekitar Gidori.

Jaumur

Jaumur akan menempatkan 6000 residen, 500 kondominium marina, dan 700 villa dengan tambatan untuk kapal layar peribadi berdekatan dengan kondominium. Ia juga boleh memuatkan 'superyacth', dan sesuai untuk aktiviti air.



Leyja

Leyja terletak di lembah setinggi 400meter bukit dikedua belah dan selebar lebih kurang 50meter, antara bangunan yang akan dibuat adalah pusat budaya, hotel dan kondominium.




Norlana

Norlana merupakan komuniti ultra-moden gaya hidup aktif yang menempatkan 3000 residen. Ia akan mempunyai 700 kediaman dan 120 berth marina untuk superyacht. Ia mempunyai lapangan golf 18 lubang dan pelbagai padang dan balapan untuk sukan


Siranna

Siranna boleh diakses melalui bot yang akan melalui formasi batuan semulajadi, bangunan berbentuk hexagonal untuk hotel 100 bilik, dengan kelab pantai, restoran, kedai dan spa.




Treyam

Treyam terletak di hujung selatan Teluk Aqaba. Rekaan bangunan berbentuk jambatan ini menyeberangi lagun. 'Jambatan' ini akan mempunyai 250 bilik mewah, 450meter kolam infiniti dan juga sukan air.



Utamo

Utamo merupakan tempat untuk seni dan hiburan, dengan bentuk rekaan pintu gerbangnya, ia mempunyai teater untuk persembahan, lounge VIP, restoran dan untuk event dan seni antarabangsa.




Xaynor

Xaynor merupakan kelab pantai untuk ahli dan tertutup. Ia terletak di lanskap batuan tertutup, kelab ini mempunyai pintu masuk berbentuk kanopi.





Zardon


Zardon atau Zardun, merupakan kawasan yang merangkumi 3 hotel, The Tower Hotel, The Wedge Hotel dan The Nature Hotel, ia merupakan pusat bagi ekotourism dan akan mempunyai sebuah Experience Centre. Sesuai untuk ibuayah yang ingin membawa anak melawat ke alam semulajadi.


 

Kesimpulannya, Projek Neom ini merangkumi kawasan seluas 10,200km2 (1juta hektar) dan diiktiraf sebagai tapak pembinaan yang terbesar di dunia buat masa ini. Projek ini dikatakan akan menjadi pelanggan terbesar di dunia untuk barang-barang pembinaan untuk beberapa dekad akan datang, dijangkakan 5% dari permintaan logistik tempahan barangan pembinaan akan datang dari Neom sahaja.


Manakala bagi besi dan keluli, setakat ini, Neom merupakan 20% dari permintaan besi dan keluli dunia, permintaan-permintaan barangan lain seperti elevators, simen dan lain-lain lagi akan menyusul kemudian.


China merupakan penghasil besi dan keluli terbesar dunia (67.4juta tons), seterusnya India 12.1juta tons, dan USA (6.8juta tan) pada 2023. Oleh kerana Arab Saudi bukan penghasil bahan-bahan binaan, kemungkinan negara-negara ini akan menjadi tumpuan untuk masa akan datang, maka Arab Saudi dalam perancangan untuk memperbaiki Belt and Road Initiative antara China-Arab Saudi.


Kos untuk membina keseluruhan projek Neom memerlukan bajet sebesar RM1.3trillion atau mungkin lebih lagi berdasarkan inflasi dan ketidaktentuan geopolitik dan harga barang binaan,


Oleh kerana Arab Saudi akan menjadi tuan rumah bagi Piala Dunia 2034, kemungkinan inilah kali pertama Neom akan diperkenalkan kepada dunia apabila Stadium Piala Dunia akan menjadi sebahagian dari projek Neom ini. IRS tidak pasti lokasi stadium ini, namun dikatakan di The Line.


Walaubagaimanapun, sepanjang perlaksanaannya yang sudah 8 tahun ini, terdapat juga kontroversi-kontroversi yang menyelubungi projek Neom ini, antaranya ialah :-


  1. Buruh-buruh yang kebanyakannya migran dipaksa untuk bekerja selama 16 jam sehari, ini agak bertentangan dengan undang-undang buruh Arab Saudi dimana buruh dihadkan bekerja selama 60jam seminggu termasuk overtime. Selain itu terdapat juga pekerja yang tinggal jauh dan hanya mempunyai berapa jam sahaja masa tidur sehari.

  2. Ada laporan dari Bangladesh menyatakan bahawa buruh kemahiran rendah mereka mendapat purata gaji sebanyak RM1,000 - RM1200, ini agak rendah bagi projek giga seperti ini jika dibandingkan dengan Malaysia yang purata mendapat sebanyak RM1500/bulan bagi set kemahiran yang sama.

  3. Puak asal Howeitat yang tinggal sejak sekian lama di Tabuk ini dipindahkan untuk membangunkan Neom, dikatakan sebanyak 47 dari ahli Huweitat ini ditangkap dan 5 dihukum mati akibat engkar dengan arahan kerajaan untuk berpindah serta melawan kerajaan.

  4. Pada pertengahan November 2024, CEO NEOM, Nadhmi Al-Nasr, telah meletakkan jawatan dan digantikan dengan Al-Mudaifer sebagai pemangku CEO. NAdhmi Al-Nasr yang telah menjadi CEO NEOM sejak 2017 itu dikatakan mempunyai sikap yang keras terhadap pekerja, tidak mempunyai hala tuju yang jelas dan kematian pekerja (NewCivilEngineers), beliau dikatakan pernah memarahi seorang eksekutif dengan menyuruhnya berjalan di padang pasir sehingga mati supaya dia boleh kencing di atas kubur eksekutif tersebut, dia juga mengugut ingin menembak jabatan komunikasi kerana terdapat syarikat videogames yang ingin menamatkan perjanjian tajaan, selain pelbagai kontroversi lagi.



71 views0 comments

Recent Posts

See All

Projek Mobiliti Johor

Wakil-wakil dari kerajaan negeri Johor, Jabatan Kerja Raya negeri, serta wakil daripada MoT dan Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) Pejabat...

Lingkaran Tengah Utama (Central Spine Road)

Maklumat mengenai LTU ini bolkeh didapati di Wikipedia dan kebanyakan maklumat-maklumat yang saya paparkan dalam web ini adalah lanjutan...

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • Instagram
  • Facebook
  • LinkedIn
  • TikTok
  • X
  • Telegram
  • Whatsapp

© 2020 by IRS. 

Tel. 013-729 7847

bottom of page