top of page

Projek Giga Arab Saudi

Writer's picture: IRSIRS

Updated: Dec 19, 2024


Arab Saudi dalam perancangan giganya 'Wawasan 2030' untuk membangunkan projek-projek pembinaan bersaiz giga dan sebanyak 14 projek-projek giga akan dibangunkan di seluruh negara itu.


Sebelum itu, apakah projek giga ini, menurut Marc O’Connor, Projek giga adalah projek-projek Infrastruktur atau pelaburan modal (seperti zon ekonomi ekslkusif) yang skalanya begitu besar sehingga projek itu boleh memberi impak pada satu generasi kehidupan, atau sekurang-kurangnya 30 tahun, Ia bukan sahaja mengandungi beberapa projek mega didalamnya, namun kesalinghubungan antara mega projek tersebut (contohnya projek mega keretapi bandar dan projek mega zon-zon pembangunan terancang yang mempunyai kesalinghubungan antara satu sama lain), serta projek giga ini juga perlulah mempunyai portfolio, program dan perancangan untuk projek-projek mega atau kecil untuk dekad-dekad akan datang. Ia melibatkan keterlibatan tahap kerajaan termasuklah membina ekosistem baru di dalam projek giga ini, dan kawasan sekitarnya.


Projek-projek giga ini adalah sebahagian dari idea Arab Saudi dalam Wawasan 2030 untuk menukar lanskap negara dari ekonomi berasakan minyak dan kebergantungan kepada minyak kepada berasaskan perlancongan, industri dan lain-lain lagi.


Berikut adalah projek-projek giga tersebut :-


 

Neom

Neom adalah projek giga Arab Saudi yang agak popular dan banyak kontroversi, (antara kontroversi popular adalah prjke The Line yang sedang dibina dalam kawasan Neom ini) .Projek Neom ini merangkumi kawasan seluas 10,200km2 (1juta hektar) dan diiktiraf sebagai tapak pembinaan yang terbesar di dunia buat masa ini.


Selain projek kontroversi The Line, Neom juga mengandungi bandar pelabuhan berbentuk octagon yang dinamakan Oxagon, Resort ski bernama Trojena dan resort pulau bernama Sindalah yang sedang dalam pembinaan atau masih dalam perancangan.


Maklumat lanjut mengenai projek Neom boleh didapati di sini NEOM: Made to Change


Saya juga ada menulis satu segmen khas mengenai Projek Neom ini sahaja dan projek-projek mega yang sedang dijalankan di dalamnya, disini.


Projek NEOM ini dikatakan memakan masa selama hampir 50 tahun untuk disiapkan dan ini boleh dikatakan satu generasi untuk menyiapkan projek ini (NewCivilEngineers)


 

Roshn


Roshn merupakan satu masterplan pembangunan bercampur di pelbagai tempat di Arab Saudi dalam perancangannya membina sejumlah 400,000 rumah, dan pembangunan bercampur disekeliling kawasan tersebut, termasuklah masjid, sekolah dan pelbagai lagi, kasan perniagaan dan macam-macam lagi.


Projek Roshn ini terdiri dari 4 lokasi projek iaitu :-


  1. SEDRA - terletak di utara Riyadh, dianggarkan terdapat 30,000 rumah akan dibangunkan di tanah kosong di utara Riyadh, bukan sahaja rumah,malahan pembangunan bercampur sebagai fasiliti untuk membentuk komuniti atau ekosistem di situ, ini termasuklah sekolah, masjid, dan lain-lain lagi selain dilengkapi dengan 5G dan stesyen pengecasan eletrik.

  2. Alarous - juga hampir sama dengan SEDRA cuma lokasinya terletak di utara Jeddah dan dijangkakan hampir 18,000 rumah akan dibangunkan.

  3. Alfulwa - Alfulwa terletak di kawasan timur Arab Saudi, di bandar Al-Hofuf, juga pembangunan komuniti untuk kira-kira 18,000 kediaman.

  4. Warefa terletak di timur Riyadh dan menempatkan kediaman sebanyak 2,300 penduduk. Uniknya mengenai projek ini adalah hampir kesemua rumah disini tidak berpagar dan mempunyai komuniti yang agak terkawal.


Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang ROSHN | Home

 

The Red Sea Projects


The Red Sea projects merupakan satu projek negara Arab Saudi untuk meningkatkan pelancongan, ia terletak di tepi pantai laut merah menghadap negara Mesir bermula dari bandar Umluj sehingga Al Wajh kira-kira 500km di utara Jeddah.


Ia merangkumi pembangunan bandar resort sebesar 28,000km2 (2.8juta hektar). Ia terdiri dari 50 buah hotel, lapangan terbang, 1000 kediaman, dan pelbagai lagi pembangunan hiliran. Pembangunan akan dijalankan di pesisir pantai dan sejauh 15kilometer dari garis pantai.


Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Discover RSG's Unique Destinations


 

Diriyah


Diriyah ini merupakan pembangunan 7km2 (700 hektar) di kawasan barat laut Riyadh berpusat di At-Turaif (15 minit dari Riyadh). Diriyah ini adalah bandar yang dibina dari batu bata lumpur yang merupakan kawasan penempatan awal bani al-Saud atau dikenali juga tempat lahirnya kerajaan Arab Saudi sejak tahun 1700-an. Ia juga merupakan Tapak Bersejarah Dunia UNESCO.


Projek RM250billion ini bertujuan untuk menukar kawasan ini kepada kawasan perlancongan dengan menjadikan budaya sebagai tema. Ia akan mengandungi 38 hotel, 6 muzium dan 26 tarikan budaya dan kesemuanya boleh dihubungkan dengan berjalan kaki.


Pada IRS, pada asalnya bukanlah layak digelar projek giga, cuma mungkin boleh layak digelar projek mega sahaja kerana skala yang agak kecil, namun apabila melihat pada harganya, mungkin bersesuaian dengan gelarannya. Tidak pasti apa yang membuat harganya melambung tinggi, namun pastinya pelbagai tarikan yang menarik terdapat di sana nanti.


 

Taman Raja Salman


Ia dilancarkan pada 19 Mac 2019. Terletak di tengah-tengah bandaraya Riyadh, Taman Raja Salman akan antara menjadi taman bandar terbesar di dunia.


Sebesar 16.7km2 (1670 hektar) dan akan ditanam dengan 1juta batang pokok dan akan diairi sepenuhnya menggunakan air larian permukaan dari bandar. (Air larian permukaan adalah air longkang yang bersih dan bukan air kumbahan).


Di tengah-tengahnya pula akan terdapat sebuah bangunan berbentuk piramid Kompleks Seni Diraja.


Maklumat lanjut di Homepage | King Salman Park

 

Jeddah Central


Sebesar 5.7 km2 (570 hektar) , ia merupakan pembangunan kediaman mengandungi 17,000 kediaman dan 2700 bilik hotel.


Selain itu, antara bangunan yang menjadi lambang pembangunan ini adalah Pusat Seni, sebuah stadium, Opera House dan Oceanarium.

Maklumat lanjut di jeddahcentral.com/en/

 

Qiddiya Project


Qiddiya project terletak di barat Riyadh dan projek tersebut digelar projek budaya, sukan dan hiburan. Dibangunkan dan dianggarkan seramai untuk kira-kira 600,000 penduduk.


Sebesar 367km2 (36,700hektar) akan mengandungi kemudahan hiburan, termasuk arena sukan, dewan konsert, trek lumba (tidak dapat dipastikan, tetapi kemungkina F1), lapangan golf, dan roller coaster (sedang dirancang untuk menjadi roller coaster tertinggi, terpanjang dan terlaju di dunia).


Maklumat lanjut di Qiddiya City Overview


 

Murabba


Akan menjadi kawasan ikonik terbaru di Riyadh, Murabba akan menjadi pusat komersial dan hiburan, dan struktur paling ikoniknya adalah bangunan Mukaab. Mukaab ialah sebuah bangunan setinggi 400 meter berbentuk kiub.


Projek ini akan menempatkan 100,000 unit kediaman, 9000 bilik hotel, 980,000 meter persegi kedai dan 1.4juta meter persegi pejabat.


Projek ini yang telahpun dimulakan pembinaannya pada awal November 2024, dikatakan sebagai penghinaan kepada kiblat utama umat Islam kerana ia dibina menyerupai Kaabah di Mekkah, sehingga November 2024, pembinaan Mukaab telahpun bermula dimana 10 juta meter padu tanah (4 juta tan tanah) telahpun dialihkan untuk membina asas tapak dengan melibatkan 900 pekerja. (Amanz).

 

Saudi Downtown


Saudi Downtown akan menjadi kawasan downtown di bandar-bandar sekitar Arab Saudi dan ia akan dibina dengan konsep moden, pelbagai tarikan dan budaya.


Antara bandar yang terlibat adalah Arar, Dumat aL Jandal, Tabuk, Hail, Buraydah, AL Madinah, Al Khonbar, Al Ahsa, Taif, Al Baha, Jizan dan Najran. Keseluruhannya ia seluas 10 juta meter persegi.(1000hektar)


Maklumat lanjut di Saudi Downtown Company


 

Masar



Al Masar adalah pembangunan semula sepanjang 3.6kilometer dan selebar 300meter di tanah sekitar Masjidil Haram di Mekkah.


Pembangunannya akan mengandungi 205 buah menara yang akan menempatkan hotel dan asrama akan disusun di sepanjang persiaran kaki selebar 60meter yang bermula dari Masjidil Haram dan sepanjang 3.6 kilometer.


 

Al-Ula


Al Ula merupakan sebuah bandar yang terletak 300km di barat laut Madinah. Ia terkenal dengan sejarahnya semenjak sebelum perkembangan Islam di tanah Arab lagi sebagai salah satu persinggahan bagi pedagang-pedagang Setanggi dari India dan Parsi ke Syam dan Eropah.


Projek itu akan dibangunkan di sekeliling tapak warisan dunia UNESCO dengan membina sebilangan hotel dan muzium. Ini termasuklah hotel yang akan dipahat masuk ke dalam batuan dan resort berbentuk khemah arab.


Maklumat lanjut disini The ALULA Project

 

Daerah Kewangan King Abdullah

Terletak di Riyadh. Kawasan seluas 1.6km2 (160hektar) akan mengandungi 61 menara dan pencakar langit. Kesemua bangunan-bangunan ini akan dihubungkan antara satu sama lain dengan jambatan berhawa dingin dan 6 stesyen monorail di sekeliling bandar tersebut dan 1 stesyen bawah tanah Riyadh Metro. Projek ini telah bermula dan masih terdapat bangunan dan pembinaan-pembinaan struktur, dan terdapat bangunan-bangunan yang telah beroperasi.


Maklumat lanjut disini KAFD.

 

Muhammad Al Salman Non Profit City


Direka untuk kediaman dan komersial kategori umum/ sederhana di Riyadh, namun ia mempunyai fasiliti untuk berfungsi sebagai sebuah bandar. Ia dirancang supaya berdekatan dengan stesyen bas, metro dan mempunyai kemudahan-kemudahan asas, seperti pasaraya-pasaraya kecil, klinik dan sekolah.


Mempunyai banyak kawasan dan hampir kesemua kawasan itu terletak di sekitar 15 minit dari pusat bandar Riyadh.


 

Seven


Seven merupakan sebuah organisasi yang akan membangunkan dan mengoperasi 10 kawasan big box (big box adalah kawasan struktur individu yang mengandungi pasaraya, hiburan dan kawasan memberli belah, seperti IOI Mall, Midvalley dll) di seluruh negara, antaranya di Riyadh, Madinah, Tabuk dan Yanbu.


Bertujuan untuk memberikan hiburan kepada generasi muda, ia akan mengandungi arked, boling, golf dalam bangunan dan wayang.


 

Namun, dalam pembangunan Arab Saudi yang agak radikal ini, sudah pastilah terpalit dengan pelbagai kontroversi, kita akan bincangkan mengenai kontroversi-kontroversi ini kemudian. Ini termasuklah masa depan Arab Saudi yang selama ini dikenali sebagai penjaga 2 kota suci Islam.

 
  1. Artikel yang dikarang oleh Tom Ravenscroft di www.dexeen.com pada 19 September 2023

  2. Laman sesawang wikipedia bagi Al-Ula dan Dirriyah.

  3. Laman-laman sesawang bagi pembangunan setiap kawasan yang diletakkan link di lokasi masing-masing.

  4. Artikel yang ditulis oleh Mark O'Connor di https://www.deloitte.com/ bertarikh 9 Februari 2023 bertajuk Architecturing Giga Project.



18 views0 comments

Recent Posts

See All

Projek Mobiliti Johor

Wakil-wakil dari kerajaan negeri Johor, Jabatan Kerja Raya negeri, serta wakil daripada MoT dan Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) Pejabat...

Lingkaran Tengah Utama (Central Spine Road)

Maklumat mengenai LTU ini bolkeh didapati di Wikipedia dan kebanyakan maklumat-maklumat yang saya paparkan dalam web ini adalah lanjutan...

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page