top of page

Profesional Service Standard for Technologist and Technicians

Writer's picture: IRSIRS

Baru-baru ini (4 Februari 2025), Malaysian Board of Technologist (MBOT), telah mengeluarkan satu standard yang dinamakan Piawaian servis professional untuk Teknologis dan Juruteknik. Standard tersebut boleh dilayari di laman web di bawah.



Saya rasa ia satu Langkah progresif oleh MBOT kerana jawatan professional teknologis (gelaran Ts.) dan juruteknik (gelaran Tc,) ini, terutama dalam bidang pembinaan, sering kali dianggap ‘tiada keperluan’, kerana sektor pembinaan telah mempunyai regulator atau badan yang mengakreditasi kompetensi pekerja-pekerja binaan, namun saya masih berminat untuk mengolah dan menceritakan serba- sedikit mengenai standard ini, kerana saya juga merupakan seorang dari teknologis profesional.


Standard, atau piawaian, ini merupakan satu garis panduan, kepada semua pemegang taruh (stakeholder) yang dalam pandangan MBOT mungkin bekepentingan dalam menentukan/menyediakan servis professional yang berkaitan teknologi yang boleh diberikan kepada pihak lain, dengan kata mudah, mungkin teknologis/juruteknik ini boleh memberi laporan (termasuk proposal, cadangan, pelan atau kajian) yang diendors atau disahkan oleh Teknologis atau Juruteknik buat pihak-pihak tertentu untuk menentukan laporan tersebut adalah valid atau sah.


Tujuan Standard


Di dalam piawaian ini, MBOT telah menyenaraikan kegunaan garispanduan ini kepada beberapa pihak bekepentingan, dimasukkan dalam objektif, antaranya ialah (saya ambil snippets atau cuplikan dari laman objektif standard tersebut :-

 

Objektif 1 - For MBOT Profesional members

To guide Professional Technologists (Ts.) and Certified Technicians (Tc.) in conducting verification and evaluation of technology and technical processes. This ensures that the verification processes are systematic and adhere to established standards.

“Setting Standards, ensuring excellence”


Pendapat saya mengenai objektif 1;

Saya bersetuju dengan objektif ini, kerana setakat ini tiada kompetensi tertentu untuk melakukan verifikasi atau penilaian mengenai aplikasi teknologi dalam kerja-kerja berkaitan pembinaan, ia hanya berdasarkan pengalaman sahaja dan diperiksa dan disahkan oleh Jurutera atau arkitek projek. Ini termasuklah keputusan ujian di makmal, penyediaan method of statement kerja, penyediaan projek pelan, dan lain-lain lagi,

 

Objektif 2 - For organisation/employers/project owners

To assist organisations in identifying components or areas within projects and operations that can be certified, ensuring compliance with recognised technical standards. This includes identifying roles in technology and technical functions that require accreditation to enhance quality and safety in their operations

‘Policy Guidances for a progressive industry’


Pendapat Saya mengani objektif 2 :-

Mungkin syarikat-syarikat besar perlu mengambil langkah proaktif dalam mewujudkan elemen kompetensi mereka sendiri dan mengambil akreditasi teknologis atau juruteknik sebagai pengesahan dalam servis professional mereka, contoh syarikat-syarikat yang menlantik vendor-vendor untuk menyediakan perkhidmatan professional berkaitan teknologi kepada mereka mungkin boleh meletakkan syarat khas agar kesemua laporan atau cadangan yang dikemukakan oleh teknologis mereka diendorsed oleh teknologis atau juruteknik professional, dan mempunyai liability tanggungan.

 

Objektif 3 – For government / Regulators

To serve as a reference in developing policies related to technical and technological work, ensuring that policies align with current industry developments and meet technical requirements. This supports the advancement of professionalism within the technology and technical sectors.

‘Building a framework for professional’


Pendapat saya mengani objektif 3

Setakat ini masih belum ada badan regulator atau mana-mana akta selain MBOT yang mempunyai punca kuasa untuk menerima apa-apa validasi atau pengesahan atau cadangan berkaitan teknologi (setahu saya), jadi MBOT mungkin boleh mengambil inisiatif, mungkin boleh bekerjasama dengan badan-badan kerajaan (mungkin boleh dimulakan dengan MCMC) agar meletakkan syarat melantik vendor-vendor yang di dalam syarikatnya mestilah mempunyai juruteknik atau teknologist professional.


Objektif 4 – For MBOT

To be used as a foundational document in the registration, evaluation and accreditation processes for members involved in technical and technological fields. This standard will help MBOT ensure that qualified members meet the competency standards and professional ethics required.


Pendapat saya mengenai objektif 4:

Saya amat bersetuju dengan objektif ini dan saya ucapkan tahniah, namun saya rasa MBOT perlu mewujudkan satu kategori lagi iaitu syarikat penyedia teknologi,  yang perlu terdiri dari teknologis dan juruteknik, dan mungkin bekerjasama dengan agensi kerajaan meletakkan syarat tender untuk syarikat-syarikat seperti ini hanya boleh menjadi vendor penyedia teknologi.

 

Servis Profesional berdasarkan bidang Teknologi


Bagi konten sebenar standard ini, MBOT telah menyenaraikan kesemua 24 bidang teknologi tentang apakah cadangan garispanduan kerja-kerja servis professional teknologi yang boleh ditawarkan, saya tidaklah memfokuskan kesemua kerana saya berkemahiran mengenai bidang-bidang yang lain selain dari pendaftaran saya bersama MBOT iaitu Building and Construction Technology (BC), jadi adalah lebih baik saya memfokuskan kepada itu sahaja.


Menurut MBOT, ini adalah definisi mengenai Building and Construction Technology :-

BC refer to technical processes, methods, materials, advanced technologies and innovative solutions used in the building and construction industry to satisfy and enhance efficiency and safety, safety functionality and performance, improve project sustainability and adopt more cost-effective procedures.


Jadi dari pernyataan di atas dapatlah difahami bahawa teknologis dan juruteknik dalam bidang pembinaan adalah individu yang mengaplikasi proses teknikal, kaedah, bahan binaan, teknologi termaju (seperti AI, BIM dll) dan solusi inovatif dalam industri pembinaan untuk mematuhi dan meningkatkan efisien dan keselamatan, fungsi keselamatan dan prestasi, meningkatkan kelestarian projek dan mengaplikasi kaedah yang lebih menjimatkan kos.

 

MBOT juga menyenaraikan 5 peringkat yang mana servis-servis professional ini boleh digunakan dan diaplikasi oleh Teknologis dan Juruteknik, pada mulanya saya anggap 5 peringkat ini adalah sama seperti 5 kitarhayat sebuah projek pembinaan, iaitu konsep, design, pembinaan, ujian dan pentauliahan; dan penyerahan atau penyelenggaraan, namun ia sedikit (hanya sedikit sahaja) berbeza kerana ia tidak mengikut turutan dalam kitarhayat projek sebaliknya menguikut skop kerja, saya sedar kenapa ia dibuat begitu kerana pembinaan bukan hanya bergantung kepada projek, tetapi mempunyai spektrum yang lebih besar bagi MBOT, mungkin juga kilang bahan binaan atau vendor-vendor yang menjalankan servis ujian dan pentauliahan juga diambil kira.


Jadi saya cuba untuk bincangkan satu persatu setakat mana pengetahuan dan pengalaman saya dalam bidang pembinaan ini.

 

Pembangunan Produk/Servis (Product Development)

Antara servis yang dicadangkan oleh MBOT adalah mensijilkan dan meluluskan servis teknolgi berkaitan pengurusan kualiti, penyediaan laporan berkaitan aspek teknikal atau teknologi yang boleh dimasukkan dalam kajian feasibility, pembangunan spesifikasi atau kontrak rekaan bangunan hijau, proses dan penyediaan laporan R&D berkaitan, penilaian risiko berkaitan dan lain-lain lagi.


Pendapat saya

Saya bersetuju dengan pembangunan sistem pengurusan kualiti dan biarlah skopnya lebih besar iaitu sehingga proses akhir iaitu peringkat penyelenggaraan (prduct maintenance), selain itu, apa yang saya perhatikan, jika terdapat elemen-element teknologi terkini yang akan diaplikasi dalam sesebuah projek pembinaan (contoh AI), jadi laporan kebolehlaksanaan seperti program bersesuaian, tahap penggunaan, tahap akses, keselamatan data, jenis output dihasilkan, dan lain-lain lagi, laporan penuh cadangan ini bolehlah disediakan dan diendors oleh Teknologis professional.


Nota kaki

Saya tambah perkataan servis kerana kadang-kadang bukan hanya produk, tetapi termasuk juga kepada servis.

 

Penghasilan Produk atau Servis

Antara servis yang dicadangkan oleh MBOT adalah mengesahkan dan meluluskan koordinasi untuk kualiti pelan, sokongan pakar dalam penghasilan digital dan pelan persekitaran, keselamatan dan Kesihatan.


Pendapat saya

Saya, secara peribadi agak kurang bersetuju jika pada peringkat ini koordinasi pemegang taruh dalam finalisation PQP, kerana PQP perlu difinalise bersama kesemua stakeholders dalam peringkat pembangunan produk lagi, iaitu satu peringkat di atas, peringkat ini, sebaliknya adalah proses implementasi, maka peranan utama Teknologis adalah penyediaan pelan pelaksana (Implementation Plan) berdasarkan penggunaan sumber-sumber seperti cadangan kompetensi pekerja yang diperlukan dalam melaksanakan kerja, cadangan peralatan atau mesin termasuklah software atau hardware, cadangan bahan mentah dan cadangan proses perlaksanaan berdasarkan lengkapnya kesemua sumber-sumber yang disebutkan tadi.


Namun saya bersetuju dengan pelan keselamatan, kesihatan dan persekitaran, juga sokongan pakar dalam perlaksanaan digital kerana pada peringkat inilah kesemua elemen-elemen keselamatan dan lain-lain diambil kira.

 

Ujian Produk atau Servis

Untuk peringkat ini terdapat kedua-dua jawatan profesional (iaitu Tenologis dan Juruteknik) dimasukkan, walaupun ia dalam skop yang berbeza, namun pada saya ia mempunyai ruang lingkup tugas yang saya boleh katakan hampir 80% sama.


Antara servis yang dicadangkan oleh MBOT adalah verifikasi produk dalam projek, dokumen sokongan untuk verifikasi dalam prestasi produk, kesesuaian teknolgi digunakan dalam ujian di persekitaran berbeza.


Pendapat saya:-

Saya bersetuju dengan cadangan ini tetapi lebih kepada ingin membesarkan skop tugas sebenar teknologis dan juruteknik, saya berpendapat teknologis boleh menyediakan servis memberi proposal (cadangan) yang diendors yang mana proposal tersebut menyatakan dengan jelas jenis-jenis ujian, standard yang dipatuhi, kriteria penerimaan (contoh sekiranya gagal apa perlu dilakukan, adakah reject atau repair), kalibrasi dan penerimaan kalibrasi dan juga dokumen sokongan yang patut diendors oleh Juruteknik, dan tugas juruteknik adalah melaksanakan berdasarkan proposal di lapangan dan mengendorse sebarang ujian dijalankan. Kalau kita boleh simpulkan penyediaan Inspection and Test Plan (ITP).

 

Product Commissioning (Pentauliahan Produk atau Servis)

Antara cadangan servis professional bagi peringkat ini adalah juga bagi teknologis dan juruteknik adalah menyokong keputusan oleh pengurusan kontrak dalam perkara melibatkan aplikasi teknologi dan perlaksanaan, rekomendasi teknologi bersesuaian berdasarkan aplikasi dan perlaksanaan, kecacatan dan solusi potensi sewaktu perlaksanaan.


Pendapat Saya

Pada saya, semakin panjang kitarhayat tempoh produk atau servis atau projek, tugas seseorang teknologis agak sedikit menurun jika dibandingkan dengan juruteknik, juruteknik bermula dari product testing dan tanggungjawabnya meningkat saewaktu product commissioning dan seterusnya.


Jadi pendapat saya servis profesional sepatutnya ditumpukan kepada juruteknik, dimana tugas ‘support decision making by contract administrator’ ini sepatutnya diletakkan dibawah Juruteknik, begitu juga membangunkan deficiency list , kecuali possible solutions bagi defect barulah diletakkan dibawah Teknologist.


Antara tambahan yang saya lihat boleh menambah skop servis profesional adalah penyediaan laporan atau manual operasi dan penyelenggaraan (Operation and maintenance manual). Saya pasti ada yang menyatakan MBOT sudah menyediakan peringkat penyelenggaraan dibawah, betul, namun ini adalah peringkat dimana manual penyelenggaraan dibangunkan dan disahkan supaya juruteknik tahu apa perlu dilakukan di sepanjang peringkat penyelenggaraan nanti.

 

Penyelenggaraan Produk atau Servis

Antara cadangan servis professional bagi peringkat ini adalah juga bagi teknologis dan juruteknik adalah kalibrasi dan ujian kaedah kerja untuk penyelenggaraan, senarai kecacatan dan solusi sepanjang penyelenggaraan, operasi penyelengaraan, pembetulan dan penyahtauliahan.


Pendapat Saya :-

Bagi point yang pertama, saya bersetuju dengan kalibrasi dan ujian sewaktu penyelenggaraan, namun perkataan method statement bukankah sesuai sewaktu peringkat penghasilan produk atau servis (product manufacturing), kerana method statement ini adalah satu kenyataan memberitahu mengenai kaedah pembuatan sesuatu produk, jika peringkat penyelenggaraan bukankah perkataan manual lebih sesuai? Dan pelan untuk kalibrasi dan ujian sepatutnya dibangunkan sewaktu proses pentauliahan, kerana waktu itu kita dapat tahu dengan jelas apa yang diperlukan untuk diselenggara kemudian nanti, termasuklah jenis dan senarai ujian.


Saya juga bersetuju dengan senarai kecacatan dan solusi, dan sebagai tambahan solusi ini perlulah dikemaskini kedalam manual penyelenggaraan dari masa ke semasa untuk membesarkan skop tugas teknologis berbanding juruteknik, yang pada saya bertanggungjawab untuk membangunkan senarai kecacatan.

 

Rujukan


Dalam rujukan, saya tidak nafikan bahawa MBOT telah merujuk dengan rujukan sokongan yang bertepatan dengan dunia pembinaan, namun pada point no.1, Environment Management Plan itu tidak dinyatakan dengan teliti apakah rujukan sebenar EMP tersebut, dari mana EMP itu diambil, dan point ke 12, MS 26-1-3-Testing concrete-Slump, saya rasa lebih baik MBOT menggunakan kerangka utama bagi MS26 iaitu MS EN 206, kerana di dalamnya ternagkum kesemua kawalan konkrit, dan dalam standard itu juga terdapat clausa 9.6, iaitu mengenai ilmu, latihan dan pengalaman dalam produksi dan kawalan produksi konkrit dan rekod latihan dan pengalaman bersesuaian.  


Penutup


Artikel ini hanyalah sekadar artikel pendapat, dan saya pun tidaklah berharap agar MBOT menilai semula standard ini berdasarkan artikel saya, namun pada saya MBOT telah mengambil langkah yang sangat progresif bagi menjawab soalan paling utama iaitu 'apa fungsi Ts/Tc yang saya ada ini?' serta menyediakan standard ini sebagai rujukan awam, namun seperti tulisan MBOT dalam muka terakhir,


'This is the first edition of the standard and is subject to periodic review and updates'


dan memang itu sepatutnya, kerana tiada sistem atau idea yang sempurna dalam dunia melainkan ia perlu kepada continous improvement berdasarkan kehendak semasa.


Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada pihak MBOT atas penghasilan standard ini dan saya berharap satu masa nanti mungkin MBOT boleh menghasilkan standard yang berasingan bagi bidang teknologi yang berbeza dalam kesemua 24 bidang teknologi.


Atau mungkin juga boleh mengeluarkan skill standard bagi setiap bidang dan bagaimana konsep mentor-mentee boleh membantu dalam mengakreditasi skill standard ini.

 
 
 

Recent Posts

See All

Apakah makna jurutera berdaftar?

Akta 138 Selalunya kita sering tertanya tanya mengenai jurutera, apakah takrifan Jurutera di Malaysia, sebelum saya pergi lebih lanjut,...

Projek Mobiliti Johor

Wakil-wakil dari kerajaan negeri Johor, Jabatan Kerja Raya negeri, serta wakil daripada MoT dan Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) Pejabat...

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • Instagram
  • Facebook
  • LinkedIn
  • TikTok
  • X
  • Telegram
  • Whatsapp

© 2020 by IRS. 

Tel. 013-729 7847

bottom of page