Artikel ini adalah lanjutan dari pengunguman Bajet2025 oleh Perdana Menteri Malaysia, bajet 2025 boleh dibaca dalam artikel dalam laman sesawang ini,
Dengan didorong oleh peningkatan integrasi teknologi seperti AI dan ia bukan lagi sesuatu yang futuristik, malahan perubahan itu sudah mula berlaku samada di dalam rekabentuk projek sehinggalah kepada pengurusan di tapak bina.
Ini dapat dibantu dengan Malaysia yang merupakan negara yang menjadi pilihan bagi projek pembinaan kerana kos pembinaan di Malaysia agak rendah.
Sebagai contoh di Kuala Lumpur sahaja, kos untuk membina semeter persegi adalah dalam anggaran RM5,288 (tidak termasuk tanah, permit dan lesen) manakala jika dibandingkan di Hong Kong adalah RM19,240 dan ranking ini membuatkan Malaysia terletak di kedudukan 73 di samping 91 secara global (lebih rendah ranking bermaksud lebih rendah kos pembinaan), di rantau ini Malaysia masih lagi agak mahal berbanding Filipina, Indonesia, Vietnam dan India namun masih murah berbanding Singapore, Hong Kong, Jepun dan Korea Selatan.Tambahan pula, inflasi di Malaysia adalah sebanyak 3%, antara yang terendah di rantau ini.
Berdasarkan bajet2025 yang baru diumumkan, RM90billion telah diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan, 23% dari jumlah bajet 2025,dan dari RM90billion ini 55% adalah untuk projek infrastruktur utama. Menjangkau kepada tempoh sebelum Bajet2025, peningkatan sumbangan sektor pembinaan kepada KDNK negara meningkat 6% dari 2022 ke 2023.
Trend peningkatan ini membolehkan sektor pembinaan (yang turun dengan mendadak sewaktu pandemik mula berkembang selepas 2021 dan dijangkakan boleh kembali seperti sebelum pandemik), selain peningkatan pendaftaran kontraktor G7 dan kelulusan projek-projek swasta.
Untuk memacu dunia pembinaan, penggunaan BIM dapat membantu, antaranya ialah pengunaan meluas BIM di seluruh negara di syarikat-syarikat pembinaan dapat membantu kontraktor serta pemilik projek dalam koordinasi projek, dan memeriksa pematuhan.
Antara perkembangan lain, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah membangunkan Makmal BIM (Building Information Modelling), ini dilakukan hasil usahasama antara UMS, Technology Depository Agency (TDA sebagai pihak berkuasa di bawah Kementerian Kewangan), SABAH Economic Development and Investment Authority (SEDIA - sebagai agensi perolehan yang bertanggungjawab pemperoleh sumber untuk melaksanakan projek ini) dan WCT Holdings - China Communication Construction Company Sdn. Bhd. (WCJV sebagai kontraktor utama dan pembekal kepada program ini.
Kementerian Kerja Raya juga yang diketuai oleh Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata KKR mempunyai hala tuju untuk memanfaatkan teknologi IoT dan AI dalam menambahbaik kualiti serta mutu jalanraya negara ini, antaranya :-
Penambahbaikan aplikasi MyJalan.
Mempercepatkan tindakan KKR dalam memperbaiki jalan dengan menggunakan teknologi IoT dan AI.
Menggunapakai SIstem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).
Dalam sebuah artikel (Techradar), menyatakan hampir 61% pihak pengurusan projek pembinaan di UK menyatakan AI dapat membantu mereka dalam mencapai sasaran projek dan membantu dalam kerja-kerja harian di tapak, walaubagaimanapun, faktor-faktor seperti umur, tiada hala tuju yang jelas dari syarikat membantutkan usaha ini.
Menurut artikel itu juga, hampir 43% daripada syarikat di UK menyimpan data dalam banyak platform yang berbeza, (antara contoh Microsoft Office yang tidak diintegrasikan dengan AutoCAD dll).
Comments