top of page
Writer's pictureIRS

Pemeriksaan Kecacatan Rumah

Updated: Jun 2


Sudah menjadi lumrah, apabila kita membeli rumah baharu, sudah pastilah kita mempunyai kegusaran mengenai kualiti pembinaan rumah tersebut, ini adalah kerana secara umumnya, jika anda membaca artikel ini, samada anda membeli rumah baharu dan tidak pasti apakah perlu diperiksa atau anda ingin maklumat umum mengenai kaedah pemeriksaan rumah yang baru dibeli.


Sebelum saya pergi lebih lanjut, kita perlulah mengetahui mengenai jenis-jenis defect (kecacatan), terdapat 2 jenis kecacatan, iaitu :-


  1. Patent defect - Kecacatan yang boleh dilihat sebaik sahaja anda memasuki rumah, ruang atau bilik, samada keretakan jelas, kebocoran jelas yang anda boleh lihat. Kecacatan jenis ini tidak perlu pakar untuk menilai, individu biasa yang tidak mempunyai kepakaran boleh menilai kecacatan jenis ini, cuma mungkin individu biasa tidak dapat menilai root cause atau tahap severity kecacatan tersebut.

  2. Latent defect - kecacatan jenis ini tidak terjadi sekarang, ia biasanya memerlukan masa untuk terjadi, sebagai contoh kebocoran paip dalam dinding, yang memerlukan masa untuk kesannya terlihat di dinding, namun kecacatn itu ada.


Walau apapun jenis kecacatan pemilik rumah ada hak sebagai pembeli untuk membuat aduan kepada pemaju sekiranya terdapat kecacatan yang dikenalpasti. Terdapat pemilik yang tiada masa untuk memeriksa keseluruhan rumah,sebagai contoh terdapat pemilik rumah yang membeli rumah di kawasan yang jauh dari tempat tinggal semasa dan tiada masa untuk membuat pemeriksaan teliti, maka dilantik Pemeriksa Kecacatan Profesional (selepas ini digelar PKP) untuk melakukan pemeriksaan secara teliti.


PKP ini akan datang dan membuat penilaian terhadap kecacatan rumah anda dan melaporkan kecacatan tersebut ke pemaju untuk tindakan susulan, biasanya pemaju akan menghantar kontraktor untuk kerja-kerja pembaikan. Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai peranan pemaju, adalah lebih baik jika kita terjah sedikit sebanyak mengenai pengetahuan umum mengenai rumah kita.


 

Jenis-Jenis Rumah


Biasanya, terdapat 2 jenis pembahagian jenis rumah, iaitu rumah bertingkat dan rumah landed, rumah bertingkat ini adalah rumah-rumah jenis pangsapuri, kondominium, apartment dan setara manakala rumah landed ini adalah rumah-rumah jenis banglo, semi-d, teres dan setara.


Pembahagian ini dilakukan adalah kerana skop unruk pemeriksaan kecacatan itu adalah berbeza dimana, jika PKP ingin memeriksa rumah bertingkat, skopnya hanya bahagian dalaman rumah sahaja, kerana luaran rumah biasanya menjadi tanggungjawab JMB (Joint Management Body), namun berbeza dengan rumah landed, dimana PKP akan memeriksa dalaman dan luaran rumah, ini termasuklah bahagian bumbung, tempat parkir kenderaan atau porch, sehinggalah kawasan pagar kerana lot rumah adalah sehingga pagar dan pintu pagar manakala jalan akses masuk ke kasan perumahan biasanya diselenggara oleh PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) atau JMB.


 

Bahagian dalam Rumah


Bahagian dalam sesebuah rumah, kalau mengikut QLASSIC dan CONQUAS, dibahagikan kepada 3 bahagian :-

  1. Lokasi principal - bilik dan ruang tamu.

  2. Lokasi circulation - tangga

  3. Lokasi servis - dapur, balkoni dll.


Namun, bagi saya, jika saya menjalankan kerja-kerja pemeriksaan kecacatan, saya akan letakkan tandas dan dapur sebagai principal, ini adalah kerana, fokus dapat diberikan kepada ruang-ruang ini kerana ia juga merupakan tempat bagi aktiviti-aktiviti utama dijalankan.


Menurut pengalaman saya, saya akan bahagikan lokasi seperti berikut :-

  1. Principal - Bagi principal ini terdapat 2 jenis pembahagian lokasi iaitu ruang dan bilik.

    1. Ruang adalah ruang umum dan biasanya bukan digunakan untuk urusan peribadi,sebaliknya urusan-urusan umum fungsi isirumah, seperti dapur, ruang tamu, ruang makan, ruang keluarga dan lain-lain lagi. Biasanya tuan rumah akan meletakkan perabot-perabot yang agak mahal di ruang-ruang umum seperti ini dan PKP akan memfokuskan kecacatan yang boleh menyebabkan nilai aestetik sesebuah ruang, contohnya cat, keretakan 'shrinkage' dan lain-lain lagi.

    2. Bilik pula biasanya untuk urusan peribadi dan biasanya dikepung dengan dinding serta mempunyai pintu untuk ditutup atas privasi atau simpanan, seperti bilik mandi, tandas, bilik tidur dan bilik stor. Biasanya perabot-perabot yang diletakkan disini adalah untuk kegunaan praktikal dan harian, dan pemeriksa kecacatan perlu memfokuskan kepada kecacatan functional berbanding aestetik, seperti kebocoran tingkap, paip yang tidak boleh ditutup atau dibuka dan lain-lain lagi disamping nilai aestetik.

  2. Circulation - Ini adalah ruang tambahan di dalam rumah dan fungsinya untuk menghubungkan satu bahagian ke bahagian rumah yang lain, seperti contoh tangga di dalam rumah bertingkat, corridor bagi rumah banglo yang besar, dan pemeriksaan bagi kawasan ini adalah untuk memastikan ia berfungsi sebagai laluan yang berkesan, antaranya ialah tile tangga yang tidak sumbing agar kaki tidak tersepak, tidak ada tile yang lippage. Rumah bertingkat (seperti apartment) mungkin tidak mempunyai kawasan circulation ini, jadi penilaian untuk ini tidak perlu dilakukan.

  3. Lokasi luaran- Luaran merupakan satu lokasi yang agak penting bagi sesebuah rumah landed, kerana luaran merupakan ekspresi pertama tetamu terhadap rumah apabila mereka sampai ke rumah tersebut di samping ia berfungsi sebagaimana ia diperlukan. Luaran ini termasuklah dinding luaran, bumbung, porch, gate post (terdiri dari meter servis dan kotak pos), pagar , balkoni dan lain-lain lagi. Antara ciri-ciri pemeriksaan adalah keadaan waterproofing, rumput, cat dan lain-lain lagi. Pemeriksaan tidaklah perlu teliti jika dibandingkan dengan pemeriksaan ruang dalaman tetapi lebih umum.

  4. Loteng - Di dalam QLASSIC dan CONQUAS tidak menyatakan bahawa penilaian terhadap loteng ini perlu dilakukan, tetapi sebagai PKP, ini merupakan antara elemen asas yang perlu dititikberatkan, adalah penting untuk PKP untuk naik ke siling dan memeriksa keadaan didalam bumbung rumah untuk sebarang kecacatan antaranya bumbung yang bocor, sambungan paip air yang tidak kemas, tanki yang tidak berada dalam kedudukan yang betul, laluan wayar eletrik yang berbahaya dan lain-lain lagi. Sekiranya anda ingin memeriksa sendiri rumah anda, anda juga dinasihatkan untuk naik ke loteng melalui dapur atau stor dengan menggunakan tangga, namun perlu berhati-hati di mana anda akan pijak kerana terdapat bahagian siling yang tidak berapa kuat.


 

Apa yang perlu diperiksa.


Apabila kita masuk ke sesebuah rumah yang baru dibeli, sudah pastilah sebagai pemilik rumah kita hendak melakukan pemeriksaan secepat mungkin, ini adalah kerana, pemilik rumah kalau boleh secepat mungkin ingin melakukan kerja-kerja renovasi.Jika lambat melakukan pembaikan kecacatan dan pemilk telah melantik kontraktor renovasi, dan terdapat kecacatan, pemaju mungkin menyalahkan kontraktor renovasi


Mungkin juga situasi dimana pemilik mungkin ingin terus pindah dan menetap dalam rumah baru tersebut dan jika pemilik telah menetap, mungkin terdapat kecacatan yang dikenalpasti selepas perabot dimasukkan, dan ini menjadi rumit, sekiranya pemaju bersetuju untuk membaiki kecacatan tersebut dimana kerja-kerja pembaikan oleh pemaju sewaktu pemilik rumah berada dalam rumah bersama perabot.


Sekiranya anda membeli rumah baharu,dan ingin menjalankan pemeriksaan, apakah yang perlu dilakukan? Bagi PKP, mereka akan melakukan pemeriksaan mungkin sehari atau setengah hari jika rumah kecil dan akan membuat laporan dan menghantar kepada pihak pemaju untuk tindakan susulan, PKP juga akan meletakkan tagging pada setiap kecacatan dan biasanya dalam laporan 10-20 kecacatan yang dimasukkan dan dihantar ke pihak pemaju sudah memadai. Skiernya terlampau banyak, ada kemungkinan pemaju akan mencabar kembali kita sebagai pemilk rumah akan nilai kecacatan tersebut.


Apakah yang perlu diperiksa akan dibincangkan dalam artikel seterusnya.


Rujukan :-

20 views0 comments

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
bottom of page