top of page
Writer's pictureIRS

Pemeriksa Kecacatan (Lantai)

Pertama sekali, tandakan lokasi-lokasi dalam rumah tersebut dan pastikan dimanakah sempadan antara kawasan-kawasan tersebut, Ini adalah penting sekiranya pemeriksaan dilakukan oleh lebih dari seorang, pembahagian ini juga penting bagi ruang-ruang yang agak tidak jelas pembahagiannya dalam rumah, (contohnya kawasan ruang makan dan ruang tamu atau dapur basah dan dapur kering. Lebih baik jika penandaan ini dilakukan di atas kertas atau pelan rumah supaya lebih jelas)


Mulakan dengan turutan berikut, mulakan dengan ruang dahulu (seperti ruang tamu, ruang makan, dapur) dan seterusnya ke bilik-bilik dan akhir sekali luaran atau halaman. Ini sekadar cadangan sahaja, anda boleh mulakan mana-mana bahagian rumah mengikut kesesuaian anda.


Sekiranya anda bercadang untuk memulakan pemeriksaan untuk satu-satu kawasan, mulakan dengan 5 elemen menurut turutan ini :-


  1. Lantai

  2. Dinding

  3. Siling

  4. Pintu dan Tingkap

  5. Lekapan (fixtures) - seperti sinki, suis lampu dan lain-lain lagi.


Maksudnya mulakan dengan lantai, dinding, siling, pintu dan tingkap dan akhir sekali lekapan (sekiranya bilik itu tiada lekapan, abaikan).


 

Lantai


Apakah elemen perlu diperiksa untuk lantai? Untuk rumah biasa, kemasan lantai biasanya jubin (tiling) atau lapis lepa (screed finish) atau lantai kayu (timber floor).


Gambar 1 : Pembaris timbang air 1.2 meter

Bagi lapis lepa, biasanya pemeriksa kecacatan akan memeriksa samada lantainya rata atau tidak dengan pembaris timbang air (seperti dalam gambar 1 dimana gelembung air akan memberikan maklumat tentang ketidakserataan lantai) atau tiada kecacatan ketara seperti warna screed yang terlalu berbeza dengan lainnya (opacity). Selain itu, jika pemeriksaan keretakan juga boleh dilakukan bagi lantai lapis lepa ini.


Untuk memeriksa kerataan lantai, anda juga boleh menggunakan beberapa biji guli dimana anda mencampakkan/meletakkan guli tersebut di beberapa penjuru bilik dan perhatikan pergerakan guli tersebut, sekiranya pergerakannya terlalu ketara menuju ke satu arah bagi kebanyakan guli, maka kita boleh katakan lantai tersebut tidak sekata/rata, namun berbeza bagi bilik air, guli yang dicampak di setiap penjuru bilik air hendaklah akhirnya kembali ke perangkap lantai (floor trap), ini memudahkan pergerakan air apabila lantai bilik air itu basah nanti. Ujian ini boleh dilakukan bagi kebanyakan lantai termasuk yang berjubin.


Gambar 2 : Lippage

Bagi lantai berjubin pula, elemen paling penting adalah sambungan (joint) antara jubin yang sekata dan tidak terlalu berbeza antara satu kepingan jubin dan jubin yang lainnya (dari segi warna, saiz dan bentuk). kecacatan biasa bagi ketidaksekataan jubin ini adalah lippage (saya tidak jumpa apakah perkataan bahasa yang sesuai dengannya), lippage ini adalah aras antara satu jubin dan jubin yang lain yang tidak sekata (lihat gambar 2), cukup sekadar anda rasa dengan kaki anda, lalukan kaki anda atau cuma pemerhatian mata di kesemua pertemuan antara jubin, dan sekiranya anda rasakan perbezaan aras yang akan menyebabkan kaki boleh tercedera, bolehla melaporkan kepada pihak pemaju.


Sekiranya anda melakukan sendiri pemeriksaan rumah, cukup sekadar pandangan mata anda selesa memandang akan cara kontraktor memasang jubin sudah memadai, walaupun anda bukan seorang PKP, pada anda, jubin yang dipasang itu tidak menampakkan kecacatan yang sangat jelas bagi anda dan tetamu yang akan bertandang ke rumah anda, sudah memadai.


Lagi satu kecacatan penting adalah kecacatan geronggang kelompongan (hollowness) jubin, Kelompongan ini terjadi akibat dari simen lepa di bawah jubin yang tidak mencukupi, ini akan mengakibatkan jubin pecah jika dibawah cahaya matahari akibat lompong yang mengandungi udara itu mengembang, selain itu jubin juga berkemungkinan pecah akibat aktiviti isirumah dan berserpih yang akan membahayakan kaki.


Gambar 3 : Penggunaan Tapping rod

Lelompongan ini dapat diperiksa dengan mengetuk jubin (tapping) dengan satu rod khas dan anda dapat mendengar dengan jelas jubin yang lompong ini. Sekiranya anda berpengalaman, hanya dengan melalukan tapping rod di atas jubin-jubin, anda sudah boleh mengesan kelompongan, berdasarkan perbezaan bunyi.


Berkenaan kelompongan ini, sekiranya jubin yang lompong itu tidak terlalu banyak jumlahnya dan tidak terlalu jelas lompongnya, maka nasihat saya biarkan sahaja. Cuma pada bahagian tangga atau perbezaan aras (contoh dari halaman masuk ke rumah biasanya mempunyai 1 anak tangga), disini kelompongan agak penting, kerana untuk jangka masa panjang ,dan jika anda membawa masuk perabut masuk dalam rumah, mungkin jubin di bahagian ini akan pecah sekiranya ditanggung boleh barang berat. Selain itu kelompongan bukanlah masalah yang perlu dikhuatirkan.


Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih menginginkan pemaju bertanggungjawab, ingatlah, pemaju mungkin akan masuk dan membaiki jubin tersebut, namun hasil kerja selepas ini mungkin lebih teruk dari awal dan mungkin jubin yang didapati sudah tiada di pasaran dan mereka mungkin mencari jubin yang lebih kurang sama namun apabila siap pasang, warnanya berbeza, jadi fikir-fikirkanla sebelum tuan-tuan mengajukan masalah ini ke pemaju, melainkan masalah kelompongan ini berul-betul mengganggu dan terlampau banyak jubin yang terlibat dan pada hemat tuan-tuan dan puan-puan lebih baik tukar keseluruhan tiles akibat kualitinya yang terlampau teruk, jadi tiada masalah untuk diajukan ke pemaju.


Gambar 4 : Jubin dengan Kambi

Selain itu, jajaran (alignment) antara jubin dengan dinding juga amat penting, melainkan Surau yang sengaja jubin diaturkan menghadap arah kiblat yang sering tidak sejajar dengan orientasi bilik, maka jubin sepatutnya sejajar dengan orientasi bilik. Sewaktu pembinaan, jubin yang diatur sejajar dengan satu bahagian dinding, mungkin tidak sama dengan bahagian dinding yang lain (akibat kesilapan jajaran dinding sewaktu pembinaan), dan kecacatan ini biasanya ditutup dengan kambi (skirting), walaubagaimanapun, anda perlulah memerhatikan antara satu hujung kambi dan hujung yang lain agar tidak nampak sangat perbezaan ketebalan itu. perbezaan kurang dari 5mm bagi setiap 1 meter panjang mungkin tidak terlalu nampak di mata.


Sekiranya anda mempunyai lantai kayu (timber floor), kaedah pemeriksaan hampir sama dengan lantai berjubin. Antaranya adalah pemeriksaan jajaran (alignment), lippage antara panel, sambungan yang sekata dan kemas di hujung dinding.


 




2 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page