Maklumat mengenai LTU ini bolkeh didapati di Wikipedia dan kebanyakan maklumat-maklumat yang saya paparkan dalam web ini adalah lanjutan (extension) dalam wikipedia serta cuplikan dari maklumat-maklumat terkini di akhbar utama (wikipedia)
LTU atau nama asalnya Lebuhraya Kuala Krai-Kuala Pilah adalah merupakan lebuhraya JKR (tanpa tol) alternatif bagi perjalanan dari Lembah Klang ke Kelantan, selain menggunakan Lebuhraya Pantai Timur atau jalan JKR yang melalui Kuantan dan Terengganu.
Ia mempunyai 4 lorong (2 pergi dan 2 balik), juga eco-viaduct (jejambat dimana di bawahnya untuk binatang liar menyeberangi bagi mengelakkan pertembungan haiwan liar dan kereta), dan diturap sebahagiannya menggunakan tar dan konkrit.
Oleh kerana ini adalah Lebuhraya milik JKR, maka papantandanya adalah berwarna biru (bukan hijau) seperti lebuhraya swasta, dan halaju maksimumnya adalah 90km/j (R5). (Wikipedia).
Ia dinamakan Lingkaran Tengah kerana ia melalui kawasan tengah semenanjung Malaysia dan tidak melalui mana-mana garis pantai seperti lebuhraya PLUS atau Pantai Timur.
Lebuhraya ini juga seperti lebuhraya yang lain akan mempunyai kawasan Rehat dan Rawat. Menurut artikel oleh Sinar Harian, pembinaan rehat dan rawat di Kuala Lipis (di antara laluan Kampung Relong ke Ladang Jerkoh) dijangka bermula Mac 2025 dan akan siap pada Ogos 2025.
Selain itu, satu lagi R&R iaitu di antara Bukit Tiu ke Kampung Berangan Mek Nab (Kuala Krai) dijangka akan siap pada Januari 2026 sebagai tambahan kepada R&R Gua Musang Utara dan Gua Musang Selatan. Kesemua R&R di sepanjang Lebuhraya ini akan mempunyai kemudahan asas seperti kawasan rehat, tandas, surau, gerai jualan, kawasan permainan kanak-kanak dan tempat parkir (SinarHarian).
Comments