Artikel ini agak baru dalam dunia pembinaan atau persekitaran terbina (Built Environment) atau mungkin bagi keseluruhan industri sekalipun. Namun apa-apa yang melibatkan dunia maya, biasanya perkembangannya amat cepat sekali kerana ia tidak memerlukan bentuk fizikal yang biasanya memerlukan kewangan yang besar untuk membangunkannya. AI atau Kepintaran Buatan dikatakan bakal menjadi IR5.0 satu hari nanti, namun perjalanannya masih jauh, dan sekarang kita masih lagi berada dalam era IR4.0. Syarat untuk menjadi revolusi industri, ialah pertamanya ia perlulah digunakan secara meluas dalam hampir kesemua industri, dan kedua ia mestilah berkaitan atau menggunakan revolusi industri yang sebelumnya.
IR1.0 - Perubahan dunia dari berasakan pertanian ke industri, dalam tahun 1800.
IR2.0 - Perubahan dunia industri dari mekanikal ke elektrikal, dalam tahun 1940an.
IR3.0 - Perubahan dunia industri dengan penggunaan meluas komputer, tahun 1970an
IR4.0 - Perubahan dunia industri dengan penggunaan meluas internet, dalam tahun 2000.
AI agak baru bagi dunia pembinaan, namun kerisauan tentang perkembangannya agak besar, dengan risiko utamanya adalah akses dan analisis terhadap maklumat yang boleh dijalankan sendiri, dengan intervensi dari manusia yang minima.
Tetapi sebelum kita pergi lebih lanjut tentang apakah AI, mari kita lihat AI dari sudut pandang ISO, kerana ISO baru-baru ini telah mengeluarkan Sistem Pengurusan AI, bagi syarikat-syarikat berasaskan AI dan ingin mengambil pensijilan AI.
Apakah maksud AI?
Di dalam ISO IEC TR 24030 : 2021 - Information Technology - Artificial Intelligence (AI) - Use Cases, ia memberikan 2 definisi AI, pertama sistem AI dan kedua mengikut Disiplin Kejuruteraan AI.
AI system mengikut ISO IEC TR 24030 : 2021 adalah keupayaan untuk memperoleh, memproses, membangunkan dan mengaplikasi pengetahuan, dalam bentuk model untuk menjalankan satu atau lebih tugasan serentak.
AI (disiplin kejuruteraan) adalah disiplin untuk membangunkan dan mengkaji keupayaan seperti di atas (AI system).
Jadi dapatlah diketahui di sini, bahawa dalam definisi tersebut dapatlah diketahui bahawa system adalah bagaimana is beroperasi dan disiplin kejuruteraan adalah bagaimana kita membangunkan system AI tersebut, sebagai pengguna, kita perlulah memahami bagaimana system itu beroperasi disamping kejuruteraan disiplin adalah untuk pembangun-pembangun system AI.
Dalam ISO tersebut juga menggariskan 24 aplikasi yang mana AI boleh digunakan, dan antaranya ialah pembinaan, dan antara controh aplikasi dalam pembinaan adalah AI yang belajar tentang praktis terbaik dan mengaplikasi dalam perancangan masa depan dan menyediakan robot autonomi dalam tapak bina.
Menurut laporan dalam ISO tersebut, berdasarkan dan mengikut kepada 132 kes aplikasi penggunaan dalam industry yang dirujuk. AI paling banyak digunakan (menikut turutan paling banyak digunakan) adalah untuk :-
1. Anggaran
2. Pengenalpastian
3. Pemprosesan Bahasa Semulajadi
4. Mengoptimisasi
5. Rekomendasi
6. Penemuan dan pemprosesan ilmu.
7. Perancangan
8. Inferens
9. Interaktif
Namun seperti telah diberitahu, apa-apa sahaja output dari AI ini pastinya akan menghasilkan risiko-atau-peluang, dan risiko-atau-peluang ini dalam ISO 24030 digelar societal concern atau keterlibatan Masyarakat.
Keterlibatan Masyarakat ini adalah konteks, skop, carakerja, risiko dan peluang apabila organisasi yang memilih untuk menggunakan teknologi AI ini dalam membuat keputusan-keputusan utama yang melibatkan Masyarakat.
Antara aspek-aspek yang dibimbangkan oleh masyarakat dalam menilai tahap risiko penggunaan AI adalah :-
1. Jenis penyeliaan atau intervensi manusia dalam teknologi AI sewaktu membuat Keputusan.
2. Tahap ketelusan keputusan atau ketelusan sepanjang proses keputusan dibuat.
3. Adakah persekitaran fizikal sebenar diambil kira sepanjang keputusan dibuat?
4. Adakah input dalam membuat keputusan itu relevan dengan solusi?
5. Hak-hak asas adakah sesuai dengan aplikasi.
6. Ketepatan dan kesesuaian sistem dan teknologi yang digunakan.
7. Tahap akses yang diberikan kepada AI dalam membuat Keputusan.
Ini semua akan diambil kira dalam penilaian risiko, contohnya, sistem AI yang hanya memberi cadangan namun tidak boleh membuat mana-mana kerja fizikal melainkan dengan bantuan manusia, dalam kerja-kerja yang tiada penilaian etika, akan dikira risiko rendah. Manakala, sistem AI yang ada impak secara langsung terhadap nyawa manusia, beroperasi sendiri dan tanpa penyeliaan manusia, dan proses membuat keputusannya yang tidak telus oleh manusia, maka sistem ini dinilai akan berisiko tinggi.
Ini adalah senarai kajian kes-kes dalam penggunaan AI mengikut 132 kes yang diesenaraikan, saya tidak mengambil semua, Cuma yang mana menarik mengikut pemahaman saya Sahaja berdasarkan kesemua 132 yang disenaraikan dalam ISO 24030 tersebut. Namun apa yang agak menyedihkan ialah tiada kajian kes aplikasi AI dalam dunia pembinaan.
1. Penggunaan dron dengan kamera dan GPS untuk memeriksa tanaman, hasil gambar akan dianalisis untuk mengesan serangan serangga atau kulat, ia akan seterusnya menghantar dron ke kawasan tersebut untuk melakukan kerja-kerja rawatan.
2. Dengan menggunakan pemasaran digital, ia akan memudahkan penjual untuk mengagak servis atau variasi produk yang pengguna sukakan berdasarkan perbezaan demografik, ini akam meningkatkan efektif pemasaran dan meningkatkan pengalaman pengguna.
3. Sistem yang identifikasi kelemahan atau loophole pekerja dan menggunakan AI bagi mencadangkan latihan yang bersesuaian, berdasarkan input dari masa ke semasa majikan dan pekerja tersebut.
4. Sistem yang mengidentifikasi dan membina risk scorecard untuk pemilik dan pemohon loan berdasarkan data raya, juga mencadangkan loan yang sesuai berdasarkan kemampuan pemohon. Firma pelaburan juga boleh menggunakan AI untuk membangunkan model untuk mengenalpasti portfolio terbaik untuk pelanggan.
5. Frontliner AI untuk bank yang mengenalpasti urusan pelanggan sebelum memberi nombor atau memberi petunjuk untuk berjumpa dengan staff yang mana satu.
6. AI yang menggunakan data raya untuk mengagak harga barangan komoditi pada near future berdasarkan keadaan pasaran dunia semasa.
7. AI yang membuat kajian mengenai anggaran penyakit dalam jangka masa tertentu bagi individu berdasarkan input genome seseorang dan juga data raya.
8. AI yang membuat diagnosis pesakit berdasarkan medical imaging.
9. AI yang membuat triage luka pesakit berdasarkan infrared untuk mengagak saiz, kedalaman dan keterukan luka dan mencadangkan rawatan intensif awal dengan pantas.
10. AI untuk mengagak percakapan OKU yang mempunyai masalah suara (bukan bisu)dan juga mneterjemah bahasa isyarat. Juga AI untuk membantu orang buta dalam memahami persekitaran sewaktu bergerak.
11. AI tour guide yang akan membantu pelancong sepanjang perjalanan di dalam Zoo atau muzium dan akan menjawab pertanyaan pelancong mengenai itrem yang dipamerkan berdasarkan data raya zoo atau muzium tersebut.
12. Ai sebagai servis pelanggan dimana pelanggan akan dilayan oleh AI untuk menyelesaikan masalah melalui telefon, internet atau verbal.
13. AI untuk mengawal trak bagasi dengan mengenalpasti kapalterbang di apron lapangan terbang. dan AI yang mengawal trak menarik kapal terbang.
14. AI untuk meningkatkan kualiti gambar.
15. AI boleh digunakan oleh polis dalam mengagak sikap dan perangai suspek sewaktu menjalankan proses temuduga.
16. Lampu isyarat yang menggunakan kamera AI untuk mengagak trafik semasa dan meletakkan lampu hijau dan merah di laluan yang bersesuaian.
17. AI untuk mengagak gempa bumi dan pergerakan gempa.
18. Keretapi automatik yang bukan hanya dipandu sendiri, malah boleh mengawal pintu buka dan tutup berdasarkan penumpang, dan mengkoordinasi pergerakan di antara stesyen untuk memberitahu waktu tiba sebenar.
19. Resipi memasak yang dicipta oleh Ai berdasarkan kesihatan orang yang memakan.
20. AI untuk mengenalpasti tahap keterukan kenderaan dalam kemalangan untuk panduan kepada mekanik dan ajen insuran.
Senarai di atas hanyalah sebahagian dari Ai yang telahpun digunapakai di dunia sekarang ini, dan mungkin banyak lagi di kemudian hari berdasarkan keperluan. Di dalam dunia pembinaan juga AI boleh digunakan, ini adalah berdasarkan pemerhatian saya sahaja dan adakah ia feasible (kebolehkerjaan) atau tidak bergantung kepada penggunaannya :-
1. Penggunaan AI dalam predictive contract management
Dalam menguruskan kontrak pembinaan, dan dalam perolehan kontraktor baharu, biasanya pihak pengurus kontrak akan berhadapan dengan puluhan malahan kadangkala ratusan kontraktor yang ingin dipilih menjadi kontraktor bagi projek yang ditawarkan, biasanya yang dipilih adalah berdasarkan harga, namun dengan AI, pelbagai faktor boleh diteroka, antaranya harga, kemampuan kewangan kontraktor, kesesuaian kontraktor berdasarkan pengalaman projek-projek lepas dengan projek yang ditender, prestasi kontraktor di projek-projek lepas, kepakaran teknologi kontraktor, kesesuaian mesin-mesin, pekerja dan kaedah kerja.
2. Penilaian risiko sebelum kerja bermula
Biasanya dalam kerja-kerja pembinaan, kontraktor akan menghantar dokumen-dokumen seperti Method statement (Pernyataan kaedah) dan Job safety analysis (analisis keselamatan kerja), dalam dokumen method of statement ini, kontraktor akan memberikan kaedah kerja yang akan dilakukan, ini termasuklah jenis kepakaran pekerja, bilangan pekerja, kaedah kerja, mesin, bahan-bahan dan lain-lain lagi. AI boleh digunakan untuk menganggar hazard berdasarkan kenyataan dalam dokumen tersebut tersebut, serta boleh melakukan analisis terhadap hazard tersebut.
3. Kualiti kerjabina di tapak.
Biasanya, apabila inspektor tapak melakukan pemeriksaan, sekiranya mereka menjumpai mana-mana kecacatan atau potensi kecacatan, inspector ini akan memberi notis, notis ini mestilah berdasarkan kepada spesifikasi atau lukisan pembinaan. Ini memakan masa sekiranya projek tersebut merupakan projek yang besar kerana spesifikasi yang mempunyai ribuan muka surat dan lukisan pembinaan yang mempunyai ribuan helai. Dengan AI, inspektor boleh masukkan kecacatan dan AI boleh mencari lukisan pembinaan atau spesifikasi klausa mana yang bersesuaian dengan kecacatan tersebut.
Jadi, berdasarkan artikel ini dapatlah dinilai bahawa AI merupakan masa depan bagi kesemua industry dan dalam kajian ini dunia pembinaan. Walaupun terdapat kerisauan mengenai peluang pekerjaan akan tertutup sekiranya industry mula menggunakan AI, pada saya, sale labih suka menggunakan kata ini
‘AI tidak akan menggantikan pekerja pada masa hadapan, tetapi pekerja yang tidak menggunakan AI pada masa hadapan akan digantikan’
Commentaires