top of page
Writer's pictureIRS

Kajian Geoteknikal Struktur Lapisan Tanah


Artikel ini ditulis susulan pengunguman kerajaan dalam Bajet 2025 untuk memperuntukkan sejumlah RM10juta untuk menjalankan kajian geoteknikal struktur tanah, dan berikut adalah ucapan penuh PM


"Mutakhir ini sering terjadi insiden tanah jerlus dan tanah runtuh. ini termasuk kejadin menyayat hati yang menimpa seorang wanita warganegara India di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Bagi mengawal kejadian ini daripada berulang, beberapa projek akan dilaksanakan meliputi :-


  1. Lebih RM250juta untuk membaiki cerunseluruh negara

  2. RM21 juta untuk mengekang isu tanah jerlus di Kerian Laut, Perak dan Kedah.

  3. RM10 juta untuk melaksanakan Kajian Geoteknikal Struktur Lapisan Tanah di jalan-jalan utama sekitar Segi Tiga Emas Kuala Lumpur."

 

Antara komitmen diberikan oleh penerima-penerima bajet tersebut antaranya DBKL dimana Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd. Sharif yang berterimakasih kepada PM atas peruntukan bajet sebanyak RM10 juta bagi menjalankan kajian pemetaan utiliti yang dinamakan Kajian Geoteknikal Struktur Lapisan Tanah di segi tiga emas Kuala Lumpur. Menurutnya lagi, pemetaan utiliti itu penting untuk melihat keadaan perpaipan dan kabel eletrik yang adakalanya tidak dipetakan.


Sokongan ini diberikan juga oleh pakar dari Jabatan Kejuruteraan Awam, UTAR, Wong Chee Fui yang menyatakan peruntukan ini adalah bertepatan dengan masanya. Kajian bawah tanah seperti kerencaman tanah (soil composition) , kandungan air bumi dan enapan (settlement) adalah penting untuk amaran awal sebelum kejadian lubang benam (sinkhole) dapat dikenalpasti.


Menurutnya lagi, lubang benam terjadi akibat depresi atau kaviti dalam tanah akibat hakisan lapisan bawah tanah yang berlaku akibat masa dan keadaan tanah, samada disebabkan aktiviti manusia atau secara semulajadi.


Pembentukan geologi KL yang berasal dari batu kapur dan sejarahnya sebagai pusat perlombongan meninggikan risiko lubang benam ini disamping kehadiran air bawah tanah.


Kebocoran paip air atau kumbahan dan kawalan yang lemah terhadap air bawah tanah akan mengurangkan kestabilan tanah.


Langkah proaktif untuk merancang bandar, termasuk kawalan yang sentiasa dijalankan penyelenggaraan dan penggunaan teknologi baru untuk mengesan potensi lubang benam adalah penting.


Presiden Persatuan Teknologis Malaysia, Tung Chee Kuan, juga bersetuju dengan penggunaan teknologi baru akan dapat membantu teknologi pengesanan tanahh dan kawalan cerun.


IRS amat bersetuju dengan peruntukan ini, kerana dengan pemetaan utiliti ini dapatlah kita menentukan utiliti yang terdapat di bawah tanah antaranya, subsoil drain, saluran kumbahan, paip air, kabel eletrik, kabel fibre, paip gas dan kemungkinan utiliti-utiliti lain yang terdapat di bawah tanah. Walaupun pembekal atau kontraktor ada memberikan pelan-pelan As-built selepas utiliti diletakkan atau disalur di bawah tanah kepada PBT sebaik utiliti bawah tanah digunakan, namun pelan atau lukisan ini kadang-kadang diragukan ketepana atau selepas tempoh yang lama, dan banyak pembangunan di sekeliling nya perubahan aras tanah sudah membuatkan utiliti ini sudah tidak tepat lagi, IRS bersetuju jika pemetaan utiliti ini dilakukan secara berkala, mungkin setiap 5 tahun, agar maklumat utiliti bawah tanah yang ada di PBT sentiasa relevan dan boleh dijadikan rujukan oleh kontraktor-kontraktor pada masa akan datang.


Teknologi-teknologi seperti Ground Penetration Radar (GPR), SAR Imaging atau LiDAR boleh digunakan dan sebuah peta utiliti Lembah Klang boleh dibangunkan serta kawalan serta pemeriksaan berkala keadaan tanah boleh dimulakan dari situ, selain itu pemasangan alat-alat seperti Piezometer boleh dipasang di cerun-cerun dan pemeriksaan berkala boleh dilakukan. Walaupun nilai RM10juta agak kurang cukup untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh, namun peruntukan ini amat bermakna dan menunjukkan komitment kerajaan dalam mengaplikasikan teknologi dalam bidang persekitaran terbina ini dalam membantu kehidupan manusia.



 

Rujukan


  1. Artikel dalam aplikasiBerita Harian Online bertajuk Belanjawan 2025: DBKL laksana kajian pemetaan utiliti di segi tiga emas KL pada 19 Oktober 2024 pada pukul 1.46 pagi.

  2. Artikel yang dikarang oleh Vijenthi Nair dalam bahasa inggeris yang diterbitkan dalam Aplikasi The Star dengan tajuk Geotechnical study for KL Welcomed bertarikh 21 October 2024 pada pukul 12.00malam.

3 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
bottom of page