top of page
Writer's pictureIRS

Projek HSR

Updated: Jun 1



 

25hb Mac 2024


Saya merujuk kepada satu artikel dalam The Edge Malaysia dalam satu artikelnya bertarikh 25 Mac 2024 bertajuk 'Three Concortia believed to be on shortlist for KL-Singapore HSR project', juga dalam artikel yang hampir sama dalam urbantransportnews.com bertarikh 8 April 2024. Artikel di bawah adalah parafrasa dari artikel-artikel di atas.


Artikel tersebut menyatakan bahawa 3 konsortium telah disenaraipendek untuk projek itu. Antara konsortia itu adalah :-

  1. YTL Construction Sdn. Bhd. - SIPP Rail Sdn. Bhd;

  2. Malaysia Resource Corp Berhad - IJM Construction Sdn. Bhd.-Berjaya Rail Sdn. Bhd.-Keretapi Tanah Melayu Bhd. (MRCB-IJM-BRail-KTMB)

  3. Konsortium China yang ditunjangi oleh China Railway Construction

Konsortium menurut investopedia adalah kumpulan yang terdiri dari beberapa syarikat untuk menjalankan sesuatu kerja.

Walaubagaimanapun, menurut laporan itu juga, terdapat spekulasi menyatakan bahawa hanya konsortium China yang mempunyai keupayaan kewangan untuk menjalankan projek itu secara pembiayaan sendiri tanpa bantuan kerajaan (Private Fund Investment).


Kebarangkalian tinggi untuk syarikat China ini terpilih adalah apabila kerajaan masih memerlukan projek mega ini dijalankan sepenuhnya secara PFI. Ini adalah dari keputusan kerajaan pada pertengahan tahun 2023 untuk tidak lagi meminjam wang untuk membiayai mega projek kerana hutang negara telah lebih dari RM1.5 trillion (Daily Express.com.my, 19 June 2023).


Sekiranya konsortium kedua dipilih, KWSP akan menjadi antara pihak berkepentingan terbesar projek ini, ini adalah kerana KWSP adalah pemegang saham terbesar bagi MRCB (36.1%) dan IJM (17.62%), selain itu juga, KWSP juga pemegang saham bagi konsortium pertama iaitu YTL Corp Bhd. sebanyak 5%.


Gamuda Bhd, yang menghantar RFI itu tanpa konsortium menghadapi masalah dalam mencari dana untuk membiaya projek tersebut, Ini kerana bank yang mungkin tidak akan memberi pinjaman dengan kuantiti banyak dan mungkin terdapat keraguan tentang aliran tunai syarikat dan projek tersebut.


Syarikat konsortium China itupun, walaupun mendapat pembiayaan penuh dari kerajaan China atau institusi kewangan china, ia juga berkemungkinan besar perlukan jaminan dari kerajaan Malaysia.


Antara contohnya adalah HSR Indonesia, pada 2017, China melalui China Development Bank (CDB), telah memberi bantuan kewangan sebanyak USD4.77billion kepada Keretapi Cepat Indonesia China (KCIC), sebuah konsortium gabungan syarikat dari Indonesia dan China. Pinjaman ini mempunyai tempoh selama 40 tahun, dengan tempoh 10 tahun, dan kadar faedah 2% setahun, selebih kos projek USD1.3billon akan dibiayai oleh pemegang saham KCIC.


Namun pada April 2023, CBD meminta jaminan kerajaan sebagai syarat untuk menyediakan tambahan USD560juta sebagai tambahan kepada lebihan kos. Dengan jaminan dari kerajaan Indonesia, CBD bersedia menerima bayaran pinjaman dari bajet negara Indonesia sekiranya mereka tidak dapat membayar balik pokok dan faedah pinjaman tersebut. Jaminan itu meliputi semua liability kewangan negara, termasuk prinsipal pinjaman, faedah, dan kos tambahan lain.


 

6th April 2024


Dalam perkembangan lain, dalam satu temuramah dalam podcast Keluar Sekejap, episod 93, dimuatnaik pada 6hb April 2024. Temuramah antara hos Keluar Sekejap dan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook, salah satu topik perbincangan menjurus kepada projek HSR.



Dalam perbincangan tersebut (pada minit ke 50 dan ke atas) , YB Anthony Loke menyatakan bahawa beliau bersetuju dengan perlaksanaan projek tersebut kerana menurutnya projek tersebut adalah penting untuk mengubah landskap ekonomi negara. Walaubagaimanapun, projek tersebut mestilah diketuai oleh sektor swasta melalui konsesi (seperti konsep lebuhraya di Malaysia) dan bukan projek biayaan kerajaan.


Apabila ditanya mengenai perolehan tanah sepanjang jajaran HSR itu, hos Keluar Sekejap, iaitu Khaiy Jamaluddin menyatakan bahawa, menurut kenyataan dari syarikat-syarikat yang berminat, sekiranya kerajaan tidak membantu dalam perolehan tanah, projek ini mungkin tidak berbaloi. Anthony Loke menyatakan ia masih dalam proses perbincangan bergantung kepada kosnya, kerana menurut beliau, projek mega sebesar ini bukan hanya keputusan Kemeterian Pengangkutan, tetapi harus dibincang di Kabinet.


Apabila ditanya adakah berbaloi jika dibuat jajaran HSR ini dibuat melalui jajaran KTM sedia ada, walaupun kedua-dua railway ini menggunakan jarak antara track yang berbeza (KTM menggunakan Meter gauge manakala HSR menggunakan Standard gauge), ini dapat menjimatkan perbelanjaan kerana perolehan tanah adalah minima dan sekiranya track berbeza, hanya tambah track disebelah sahaja.


Jawab YB Anthony, jajaran keretapi KTM sedia ada bukanlah yang terpendek atau terpantas, kerana ia melalui Segamat dan Negeri Sembilan.


Tambahan beliau, projek HSR yang menggunakan jajaran baru ini dapat menggalakkan pembangunan bandar-bandar baru di sepanjang jajaran atau lebih tepat jika terdapat stesyen-stesyen HSR (transit-oriented development) ,ini berbeza dengan jajaran KTM yang melalui kawasan-kawasan yang telah lama membangun. Pembangunan bandar-bandar baru ini dapat memberikan pulangan pelaburan tambahan bagi syarikat-syarikat komponen konsortium yang terlibat dengan projek HSR ini.


Apabila ditanya adakah HSR akan melalui Forest City? YB menjawab bahawa keutamaan jajaran adalah melalui kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti sebagai strategik walaupun jajaran terperinci masuh belum dimuktamad dan Forest City juga dikenalpasti sebagai zon kewangan khas oleh kerajaan Johor, jadi sepatutnya melalui kawasan itu.


Apabila ditanya mengenai projek tersebut dibatalkan pada tahun 2021 (railway-tecnology.com, 2021) akibat tidak mencapai persetujuan antara kedua-dua negara, adakah perlaksanaan kembali projek ini masih mengekalkan 50-50 atau lebihnya di bahagian Malaysia? Jawab YB, memandangkan perlaksanaan kontrak HSR yang lepas telah dibatalkan dan pampasan telah dibayar dan kontrak kali ini adalah kontrak yang baru, maka sepatutnya dalam kontrak baru ini pengawalan aset adalah di tangan Malaysia, namun perincian masih belum dimuktamad lagi.


 

18hb April 2024


Berdasarkan artikel dari Berita Harian Online bertajuk 'Konsortium disenarasi pendek projek HSR mungkin diumum Jun' bertarikh 18hb April 2024 dan Buletin TV3 dengan tajuk dan tarikh yang sama.


Dalam artikel tersebut, konsortium yang disenaraipendek mungkin diumum sebelum tamatnya separuh pertama 2024 (iaitu dalam Jun), walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kelulusan pihak kerajaan selepas penilaian oleh MyHSR Corp yang sedang berlangsung. Terdapat perkara yang perlu diperincikan sebelum melantik konsortium atau syarikat yang boleh melaksanakan projek itu, antaranya adalah konsortium itu perlulah memperincikan sumber kewangan, menilai keberuntungan projek dan bantuan diperlukan dari kerajaan.


Request for Information yang dibuka oleh MyHSR Corp pada Julai 2023 (MyHSR.com.my) telah menyaksikan cadangan konsep diterima dari 7 consortium gabungan dari syarikat-syarikat Malaysia dan luar negara yang jumlahnya terdiri dari 31 syarikat keseluruhannya. Hasil penilaian RFI itu sedang dibentangkan ke Kementerian Pengangkutan dan sekiranya respon positif diterima, MyHSR akan meneruskan dengan Request for Proposal (RFP) dimana dalam RFP ini, cadangan yang lebih terperinci dari konsortium yang telah dibentuk dan terpilih akan dibuat.


MyHSR Corp melancarkan proses RFI ini bagi membolehkan sektor swasta mengemukakan secara rasmi cadangan konsep HSR ini berdasarkan inisiatif kerjasama perkongsian awam swasta (PFI) mengikut model Rekabentuk-Biaya-Bina-Kendali-Pindah (DFBOT).


DFBOT adalah konsep dimana konsortium yang dilantik itu merekabentuk sendiri jajaran dan konsep keretapi itu, membiayai projek itu sendiri, seterusnya membina, dan apabila siap menjadi konsesi untuk operasi dan penyelenggaraan (O&M) sepanjang tempoh konsesi (mungkin 20 atau 30 tahun sehingga modal biaya diperolehi) dan akhir sekali pindah milik hak ke kerajaan selepas tamat tempoh konsesi untuk kerajaan melantik konsesi yang baru.

 

19hb April 2024


Dalam sebuah artikel dalam laman sesawang New Straits Times bertarikh 19 April 2024 bertajuk 'RM70bil for High Speed Bullet Train Project', walaupun saya agak tidak bersetuju dengan tajuk 'bullet train' itu kerana nama 'bullet train' adalah panggilan kepada Shinkansen, iaitu keretapi laju Jepun sahaja.


Menurut laporan ini, projek ini dijangka akan menelan belanja sebanyak RM70juta, rendah lebih kurang 30% dari kontrak sebelumnya (RM110juta). Pengurangan ini dijangka akibat dari faktor-faktor seperti perubahan jajaran, pengurangan stesyen, bilangan gerabak dan sebagainya.


Menurut laporan itu juga, konsortium pertama (YTL), memohon agar satu bentuk bantuan kewangan kerajaan diperlukan untuk meneruskan projek ini sekiranya dipilih. konsortium kedua (MRCB-IJM-BRail-KTMB) pula, mengemukakan cadangan bahawa kerajaan perlulah menanggung gantirugi sekiranya bilangan penumpang jatuh di bawah bilangan kapasiti minima yang akan dicadangkan nanti.


Menurut artikel itu, projek itu walau apapun kosnya, akan mengubah lanskap pengangkutan negara, ia akan menjadi sebahagian dari Pan Asian Railway Network, yang rangkaian dijangka dari Singapura sehinggalah China


 

Pada pendapat anda, adakah projek HSR ini (apabila siap) dapat menjana ekonomi negara? (sekiranya anda mempunyai pendapat berlainan, anda boleh tinggalkan komen

  • Ya

  • Tidak

  • Tidak tahu


Artikel ini tamat disini dan akan dikemaskini apabila terdapat perkembangan terbaru mengenai projek ini.

264 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page