Di Malaysia kita mempunyai banyak gelaran professional atau gelaran teknikal (pada hemat saya, Malaysia sememangnya negara yang mempunyai banyak gelaran berbanding negara luar, bukan sahaja gelaran teknikal, malah gelaran dari institusi selain dari bidang BE juga), maka artikel ini ditulis sebagai panduan kepada kita apabila menamakan golongan-golongan profesional ini dalam majlis atau surat menyurat.
Walaubagaimanapun, fokus gelaran-gelaran teknikal dalam artikel ini banyak ditujukan kepada bidang BE sahaja, kerana sektor ini mempunyai paling banyak gelaran teknikal. Kepelbagaian gelaran teknikal dalam sektor ini adalah akibat dari banyaknya golongan professional dari latar belakang yang berbeza yang terlibat dalam dunia BE ini. Ini adalah berbeza dengan sektor-sektor yang lain, saya beri contoh bidang kesihatan, kita hanya ada gelaran doktor sahaja, tanpa mengira latarbelakang kepakaran doktor tersebut, tetapi dalam BE ini, golongan-golongan professional ini datang dari bidang yang sama sekali berbeza dari segi pembelajaran dan profesionalisma, maka penganugerahan juga berbeza-beza mengikut institusi masing-masing.
Menurut ecentral , terdapat 5 gelaran profesional yang terdapat di negara ini (Ar. Ir. Ts, Gs, dan Sr), studentportal juga menyenaraikan 5 yang sama, manakala kerjaya.co telah menyenaraikan 7 (LAr, TPr, PGeol, Ir,, Ar, Ts, dan Sr). Maka saya mengambil pendekatan
Untuk memahami bagaimana gelaran-gelaran ini berfungsi, pertama sekali kita kena memahami bahawa setiap gelaran profesional itu dikurniakan oleh badan-badan berkanun tertentu menguatkuasakan sesuaatu akta khas yang diperuntukkan, dan pembentukan badan berkanun ini sendiri pun memang termaktub dalam akta tersebut untuk mengawalselia penguatkuasaan akta tersebut, sebagai contoh Lembaga Jurutera Malaysia mengawalselia Akta 138 - Registration of Engineers, maka pengurniaan gelaran Ir dikawal selia oleh Lembaga tersebut dan penganugerahan adalah berdasarkan akta tersebut.
Untuk maklumat lanjut, ini adalah gelaran-gelaran profesional yang akan dibincangkan satu persatu :-
Ir.
Ir. merupakan 'prefix' atau gelaran professional paling popular dan paling banyak digunakan. Ini adalah kerana, biasanya Ir. ini merupakan antara designer paling ramai terlibat dalam sesebuah projek pembinaan malahan sewaktu konsep lagi sehinggalah pembinaan. Ir merupakan kependekan daripada Ingeneur (bahasa Belanda untuk Engineer) dan konsep ini diadaptasi oleh Indonesia yang menterjemahkan Ingeneur kepada Insyinyur.
Malaysia mula menggunakan title Ir. ini pada tahun 70-an dimana pada waktu itu title Ir layak digunakan oleh graduate dan ahli korporat, namun is diubah pada tahun 1987 yang mana hanya Jurutera Professional sahaja dibenarkan menggunakan gelran Ir. ini (rujukan malaymail)
Ia menggunakan Akta 138 - Registration of Engineers Act 1967 (as at 1 November 2015), Clause 7 (1)(aa)(iii)
'No person shall, unless he is a Professional Engineer be entitled to describe himself or hold himself out under any name, style or title using the abbreviation 'Ir." before his name or the abbreviation "P.Eng" after his name or in any way in association with his name.' - klausa 7(1)(aa)(iii)
Jadi, persoalannya, siapakah yang layak untuk menganugerahkan gelaran Ir ini?Sekali lagi persoalan ini dijawab dalam Akta,
'For the purpose of this Act there is hereby established a board to be called "Board of Engineers' which shall be a body corporate with the perpetual succession and a common seal, and which may sue and be sued.' - klausa 3(1)
Dan fungsi Board dalam klausa di atas antaranya adalah
'The functions of the Board shall be to appoint a committee consisting of persons to be determined by the Board to conduct professional assessment examinations for admission as a Professional Engineer.' - klausa 4(1)(ed)
Jadi berdasarkan klausa-klausa di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa hanya Jurutera Professional yang telah menjalani professional assesment examinations dan lulus, layak untuk mendapat gelaran Ir. ini.
Ar.
Ar. pula merupakan gelaran professional untuk Arkitek Professional, Mengikut Akta 117 - Architects Act 1967 (as of 1 March 2016), Clause 7 (1) (aa)(iii)
'No person shall, unless he is an Architect, be entitled to describe himself as 'An Architect' and to use the abbreviation 'Ar.' before his name. ' klausa 7(1)(aa)(iii)
Sekali lagi persoalan ini dijawab dalam klausa 3(1),
'For the purpose of this Act there is hereby established a board to be called "Board of Architects Malaysia' which shall be a body corporate with the perpetual succession and a common seal, and which may sue and be sued.' - klausa 3(1)
Dan fungsi Board dalam klausa di atas antaranya adalah :-
'...to approve or reject applications for registration under this Act or to approve any such application subject to such conditions or restrictions as it may deem fit to impose;' klausa 4 (1) (b).
Ts.
Ts. merupakan gelaran baru yang diwujudkan untuk Teknologist Professional. Keterlibatan Professional Teknologist dalam dunia BE ini agak tidak menyeluruh dan berfungsi jika dibandingkan dengan Ir. dan Ar., dimana Ir. dan Ar., mempunyai liabiliti yang agak meluas dalam dunia pembinaan samada di atas kertas atau di tapak bina.
Malahan MBOT (Malaysia Board of Technologist) pun bukanlah badan berkanun di bawah Kementerian Kerja Raya, tidak seperti Lembaga Jurutera dan Lembaga Arkitek, tetapi MBOT terletak di bawah MOSTI (Ministry of Science, Technology and Innovation).
Didalam Akta 768 - Akta Teknologis dan Juruteknik 2015, berikut merupakan klausa-klausa menarik sebagai kaitan.
'Suatu pertubuhan perbadanan yang dikenali sebagai "lembaga teknologis Malaysia' ditubuhkan.' - Klausa 4(1)
Lembaga hendaklah mempunyai fungsi yang berikut iaitu untuk mengiktiraf Teknologis Professional dan Juruteknik Bertauliah sebagai professional. - klausa 5(a)
Seorang Teknologis Profesional berhak untuk menggunakan gelaran singkatan 'Ts.' bagi Teknologis Professional sebelum namanya dengan kelulusan Lembaga. - klausa 19(b)(iii).
Manakala terdapat satu lagi gelaran yang dianugerahkan oleh MBOT, iaitu Juruteknik bertauliah :-
'Seseorang Juruteknik Bertauliah berhak untuk memperihalkan atau mengemukakan dirinya di bawah apa-apa nama gelaran atau jawatan menggunakan gelaran singkatan 'Tc.' bagi Juruteknik Bertauliah sebelum namanya dengan kelulusan Lembaga. - klausa 20 (b)(iii).
MBOT telah mengakui sebanyak 24 bidang teknologi dan teknikal, bidang yang agak dekat dengan dunia BE ini adalah bidang Building dan Construction Technology atau dikodkan dengan BC.
Sr.
Sr. merupakan satu gelaran untuk Jurukur Professional atau Professional Surveyor. Selain Lembaga Arkitek dan Lembaga Jurutera, Lembaga Jurukur juga di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR). Akta yang terlibat adalah Akta 487 - Quantity Surveyors Act 1967 (As at 1 May 2016).
'For the purposes of this Act there is hereby established a board to be called 'the board of Quantity Surveyors' which shall be a body corporate with perpetual succession and a common seal and which may sue and be sued. - Klausa 3(1).
'The function of the Board shall be to approve or reject applications for registrations or permit to practice under this Act or to approve any such application subject to such conditions or restrictions as it may deem fit to impose. - Clause 4 (b).
No person unless he is a Consultant Quantity Surveyor or Professional Quantity Surveyor shall be entitled to use the abbreviation 'Sr.' before his name if the Consultant QS or Professional QS is a member of the Royal Institution of Surveyors, Malaysia - Klausa 7 (1)(1c).
LAr.
LAr. adalah landscape architect, tetapi mereka tidak tertakluk di bawah Mengikut Akta 117 - Architects Act 1967 (as of 1 March 2016), kerana menurut akta ini :-
This act shall not apply to Landscape and Naval Architects - klausa 36.
Saya tidak menjumpai setakat ini akta yang membolehkan mana-mana landscape architect menggunakan nama LAr.* dihadapan nama mereka, cuma institusi yang memberi gelaran tersebut adalah Institut Landscape Architect of Malaysia (ILAM) dan bukan Lembaga yang tertakluk pada mana-mana undang-undang.
TPr.
TPr. adalah singkatan kepada Town Planner, dan akta yang terlibat dengan town planner adalah Act 538 - Akta Perancang Bandar 1995 (Sebagaimana 1 Disember 2011), dan dalam akta ini :-
'Maka hendaklah ditubuhkan suatu lembaga yang Penubuhan hendaklah dikenali sebagai “Lembaga Perancang Bandar” yang hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.' - Klausa 3(1).
'Fungsi Lembaga adalah meluluskan atau menolak permohonan pendaftaran di bawah akta ini' - klausa 8(b)
Tiada seorang pun melainkan jika dia ialah seorang Perancang Bandar berdaftar boleh menggunakan gelaran “Perancang Bandar berdaftar” atau apa-apa gelaran dalam apa-apa bahasa yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai membayangkan bahawa dia ialah seorang Perancang Bandar berdaftar; - clausa 14(1)(a)
Namun tidak ada klausa sepanjang pengetahuan saya, membolehkan awalan nama diletakkan 'TPr.' sepertimana dalam akta*.
PGeol.
PGeol adalah gelaran untuk Professional Geologist,
'Maka ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Ahli Geologi”. klausa 3(1)
Seseorang yang mahu supaya didaftarkan sebagai pengamal berdaftar boleh memohon kepada Lembaga dan permohonan itu hendaklah disokong dengan bukti dokumentar bahawa dia memiliki kepakaran dan pengalaman yang diperlukan untuk mengamal bidang geologi yang berkenaan. -klausa 21(3)
Lembaga boleh, semasa meluluskan pendaftaran di bawah seksyen ini, mengenakan apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut. -klausa 21(4)
Namun tidak diterangkan secara jelas mengenai 'PGeol' di awalan nama*.
Gs.
Gs. adalah kependekan bagi geospatialist, setakat ini saya tidak berjumpa dengan mana-mana akta* yang menyatakan bahawa penggunaan Gs. dibenarkan di awalan nama mereka, melainkan itu adalah anugerah (conferred) dari Persatuan Geospatial dan Remote Sensing Malaysia, yang menurut pendapat saya hanya perlembagaan persatuan dan bukannya akta yang diwartakan*.
Kesimpulan
Berdasarkan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa gelaran-gelaran di atas diberikan biasanya berdasarkan akta, dan terdapat sebahagian daripada gelaran tersebut tidak termaktub dalam akta*.
Bagaimanakah kaedah untuk mendapat gelaran-gelaran professional ini? Biasanya apabila kita bercakap mengenai kompetensi, ISO 9002:2015 menyatakan bahawa kompetensi itu boleh diukur dengan :-
The competence of a person should be confirmed by reviewing whether he/she has the appropriate education, training, or experience' - ISO 9002 - Clause 7.2 - Competence
Jadi, inilah asas untuk menentukan bahawa seseorang itu kompeten untuk memegang gelaran profesional yang membawa gelaran-gelaran di atas.
Education - latarbelakang pegajiannya, sudah tentulah berkaitan dengan bidang profesional yang dimintanya, kalau Ir, pastilah latarbelakang pengajiannya terlibat dengan kejuruteraan.
Training - keterlibatan dalam profesional development untuk menjadi seorang professional, ia tidak semestinya dalam bentuk latihan formal, tetapi ukuran keterlibatan dalam perkara-perkara berkaitan dengan kelayakan untuk menjadi profesional (trianing, mesyuarat, dll), malahan apabila mendapat gelaran profesional pun, gelaran ini hendaklah diperbaharui setiap tahun dengan latihan berterusan yang dipanggil Continous Professional Development (CPD).
Experience - biasanya seseorang profesional, sebelum ia layak dianugerahkan dengan jawatan profesional, ia harus mendaftar sebagai siswazah, contohnya jurutera siswazah, dalam tempoh beberapa tahun, untuk mengumpul pengalaman kerja dan selepas itu boleh memohon untuk menjadi profesional dengan melampirkan bukti-bukti keterlibatan, pengalaman dan latarbelakang pengajian.
*saya tidak menjumpai mana-mana infomasi dalam akta atau mana-mana undang-undang membolehkan yang mungkin juga saya terlepas pandang.
Comments