top of page
Writer's pictureIRS

Bajet 2025


Ruangan ini ditulis selepas pembentangan Bajet 2025 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat 18 Oktober 2024.


Pengkhususan saya sudah pastilah bajet kerajaan yang terlibat dalam dunia persekitaran terbina atau bajet untuk Kementerian Kerja Raya secara pengkususannya.


Dalam teks ucapannya, beliau menyatakan bahawa :-


'sekarang bukan masanya untuk melaksanakan projek mega. Pembangunan negara akan menumpukan kepada projek-projek berkepentingan rakyat serta kemudahan yang menyokong kawasan perindustrian mengikut keutamaan negeri.'


Antara projek-projek yang disebut oleh PM sewaktu pembentangannya berdasarkan negeri adalah :-


Perak

  1. Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) sebagai hab berteknologi tinggi pertama di Asia Tenggara yang diterajui oleh SD Guthrie dan PNB.

  2. Projek Penyaluran Air Mentah Sungai Perak untuk bekalan air di kawasan utara Perak dan Pulau Pinang.

  3. Lembah Teknologi Tinggi Automatif (AHTV) di Tanjung Malim sebagai Hab Automatif negara dipacu oleh Geely dan Proton.

  4. Bandar Perindustrian Lumut (LuMIC) sebagai hab industri maritim serantau.

  5. Lebuhraya WISE dari Gopeng ke Kuala Kangsar menggunakan kaedah Public Private Partnership (PPP)


Pahang

  1. Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi melibatkan sungai-sungai di Pahang.

  2. Pembinaan jalan pintasan Cameron Highlands dengan menaiktaraf Jalan dari Bulatan McDonalds sehingga Persimpangan Brinchang


Johor

  1. Projek pelebaran PLUS daripada 4 lorong kepada 6 lorong, Fasa 3 dari Simpang Renggam ke Machap.

  2. Projek RTS Johor Singapura yang dijangka beroperasi pada 2027.

  3. Projek pembinaan baraj dan takungan air pinggiran sungai di Sungai Sedili Besar, Kota Tinggi.

  4. Hospital Sultanah Aminah 2 di Johor menggunakan kaedah PPP.


Kelantan

  1. Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Machang.

  2. Projek pemanjangan Landasan Kapal Terbang di Langan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.


Melaka

  1. Pembinaan Pusingan U bertingkat dan direct U-turn dari persimpangan Pulau Gadong hingga persimpangan Taman Cheng Perdana, Melaka Tengah.

  2. Pembinaan Pasar Besar Melaka Sentral.


Perlis

  1. Projek pembinaan jalan menghubungkan Jalan Pesisir pantai ke Kuala Sanglang serta naik taraf Jalan Persiaran Wawasan, Kangar daripada2 ke 4 lorong.

  2. Projek naik taraf Pos Kawalan dan pembinaan blok baharu di kompleks ICQS Wang Kelian.


Selangor

  1. Rancangan tebatan banjir Sungai Langat.

  2. Pembesaran Pelabuhan Klang ke arah aspirasi 10 pelabuhan terbaik dunia, juga melebarkan jalan di Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang.

  3. Lebuhraya WCE dari Banting ke Gelang Patah dalam peancangan menggunakan kaedah PPP.


Kedah

  1. Pembesaran Kulim Hi-tech Park yang akan menempatkan syarikat semikonduktor seperti Infineon.

  2. Pembinaan bangunan tambahan Hospital Kulim


Kuala Lumpur.

  1. Membangun Rantau Warisan dengan membaikpulih Bangunan Sultan Abdul Samad, Bangunan Keretapi Kuala Lumpur dan Carcosa Seri Negara oleh Khazanah.

  2. Projek lebuh raya laluan Istana - Kiara (LIKE) daripada Jalan Duta ke Jalan Istana.


Negeri Sembilan

  1. Projek Naiktaraf Jalan Bahau-Keratong, Jempol.

  2. Projek naiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Serantau Kuala Sawah.


Pulau Pinang.

  1. Projek LRT Pulau Pinang

  2. Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

  3. Projek Batu Kawan Industrial Park.

  4. Lebuhraya bertingkat Juru ke Sungai Dua menggunakan kaedah PPP


Terengganu

  1. Projek rancangan tebatan banjir Sg. Tepoh dan Banggol Air Lilih, Kuala Nerus.

  2. Loji Janakuasa Solar Hibrid Cypark, Merchang.

  3. Projek Ladang Solar Terapung Hidro Hibrid Kenyir dan Hab Hidrogen Hijau.


Sabah & Sarawak

  1. 17 pakej kerja Pan Borneo Sabah Fasa 1B telah dikeluarkan SST dengan nilai kontrak RM9.7billion ringgit, ini meliputi jajaran Kota Belud ke Kudat; Tawau ke Kampung Lot M dan Telupid ke Ranau.

  2. Kerajaan telah memuktamadkan 4 pakej kerja Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) Fasa 2 bernilai RM7.4 billion ringgit.

  3. Kerjaan sudah bersetuju melaksanakan Projek Pembesaran Lapangan Terbang Tawau, Sabah dan Lapangan Terbang Miri, Sarawak dengan kos RM253juta.

  4. Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan RM1 billion ringgit.

  5. RM500juta untuk membekalkan air bersih dan eletrik kepada 5,150 rumah di kedua-dua negeri.



Bajet untuk Kementerian Kerja Raya telah naik sebanyak 9% dari 9.5 billion pada tahun 2024 dan 10.35 billion pada pembentangan yang lepas, dan 2.45% dari keseluruhan bajet yang bernilai RM421billion.


Menurut Menteri Kerja Raya, Dato Seri Alexander Nanta Linggi, bajet kali ini, bagi kementeriannya lebih menumpukan kepada komitment untuk membangunkan infrastruktur asas.


Peningkatan ini selaras dengan perbelanjaan operasi dan pembangunan dimana perbelanjaan operasi meningkat sebanyak 8% (RM1 billion) dan bajet pembangunan sebanyak 9% (RM9.327 billion).


Antara yang menarik, menurutnya lagi adalah :-

  1. RM2.8 billion untuk menyambung Jalan-jalan Persekutuan.

  2. RM1 billion untuk menaiktaraf jalan Felda dan jalan-jalan industri.


Menurutnya lagi, usaha kerajaan untuk mengunapakai infrastruktur pintar termasuklah 48% kenaikan untuk perbelanjaan pemasangan lampu isyarat pintar dan sistem lampu jalan pintar.


Antara bajet untuk Kementerian Kerja Raya selain dari di atas dan disebut dalam Bajet adalah :-


  1. RM21juta untuk kajian isu peneggalaman tanah (land subsidence) di Kerian Laut, Perak, Kedah dan Perlis.

  2. RM200juta untuk membantu aliran tunai kontraktor-kontraktor G1 sehingga G4 yang mengambil kontrak sehingga RM15juta di bawah Skim Cakna 2.

  3. RM1.3billion untuk membantu kontraktor-kontraktor G1 sehingga G4, terutamanya Bumiputra.


Manakala, bajet untuk kementerian yang lain juga boleh dikaitkan dengan kontraktor-kontraktor kerja-kerja awam walaupun bajet tersebut tidak disalurkan terus ke Kementerian Kerja Raya, ini adalah kerana pembinaan sesuatu struktur bagi kementerian juga memerlukan bajet dari kementerian tersebut, maka antara peruntukan-peruntukan yang terlibat adalah :-

 

Persiapan Bencana


  1. RM150juta kepada PBT (Majlis Bandaraya Tempatan) dan JPS untuk kerja-kerja pembersihan longkangdan pengorekan sungai sebagai langkah segera menghadapi musibah banjir kilat yang melanda ibu kota dan beberapa bandar lain. .

  2. RM250juta untuk membaiki cerun di selruh negara untuk mengelakkan kemalangan akibat tanah runtuh atau seumpamanya.

  3. RM10 juta kepada DBKL untuk menjalankan kajian geoteknikal dan pemetaan di ibunegara.


 

Kementerian Pendidikan


1. 44 sekolah baru akan dibina tahun 2025.

2. RM100juta untuk membaiki kemudahan sekolah seperti kantin dan Surau.

  1. RM2billion untuk menaiktaraf sekolah dan projek penyelenggaraan sekolah di seluruh negara.

  2. RM1 billion untuk menaiktaraf infrastruktur usang di 543 sekolah.


 

Kementerian Kesihatan


  1. RM1.35billion untuk menaiktaraf kemudahan usang.

  2. RM300juta untuk menaiktaraf dan membaiki klinik usang.


 

Kementerian Pendidikan Tinggi


  1. RM635juta untuk menaiktaraf, menggantikan peralatandan meniktaraf akses internet ke seluruh universiti awam.


 

Kementerian Dalam Negeri


  1. RM2.1billion untuk membina balai polis baru.


 

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


  1. RM900juta untuk membina 14 projek Rumah Mesra Rakyat dan 48 Program Kediaman Rakyat.

  2. RM200juta untuk menyelenggara rumah strata bertaraf kos rendah dan sederhana, termasuk menggantikan lif.

  3. RM100juta untuk menaiktaraf taman awam, merangkumi kawasan rekreasi dan lanskap.


 

Kementerian Sumber Manusia.


  1. SOCSO akan membina pusat rehabilitsi di Terengganu bernilai RM600juta.


 

Kementerian Perpaduan Negara


  1. RM50juta untuk membaikidan menyelenggara tempat-tempat ibadat bukan Islam

 

Agama


  1. RM150juta untuk menaiktaraf JAKIM dan infrastruktur pengajian Islam termasuk Tahfiz dan sekolah-sekolah agama.


 

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya


  1. RM110juta untuk meniktaraf, menyiapkan dan menyelenggara tarikan ecotourism.


 

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


  1. RM300juta untuk membina 2 sekolah untuk pelajar kelainan upaya atau pelajar yang perlukan perhatian tinggi.


 

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi


  1. RM100juta untuk menaiktaraf kemudahan pasar awam di semua PBT.


 

Selain dari pembangunan dan pembinaan fizikal, terdapat juga bajet-bajet lain yang IRS rasakan dapat menyumbang kepada dunia persekitaran terbina, antaranya ialah kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta untuk membangunkan program Kampung dimana pembangunan modul-modul untuk pembaikan rumah dan wiring eletrik dapat membantu anak-anak muda dalam mendalami ilmu-ilmu vokasional ini.


Apa yang saya dapat lihat, untuk Bajet2025 kali ini, hampir tiada peruntukan untuk projek-projek mega, namun projek-projek yang IRS klasifikasikan sebagai khusus untuk Kelas G1 sehingga G4 agak banyak, ini berpadanan dengan inisiatif kerajaan untuk membantu kontraktor-kontraktor kelas ini dalam aliran tunai mereka.


Cuma antara kerisauan di dalam Bajet kali ini adalah penghasil produk-produk berasaskan keluli, besi, kerana kerajaan akan memperkenalkan cukai karbon untuk produk-produk berasaskan keluli dan besi. Cukai Karbon ini adalah levi yang dikenakan ke atas pengeluar berdasarkan penggunaan bahan bakar yang berasaskan karbon atau pengeluaran dari kilang yang mengandungi unsur-unsur karbon. Unsur-unsur karbon ini biasanya berasal dari bahan bakar semulajadi seperti arang dan petroleum. Jadi kilang-kilang pengeluar keluli dan besi terpaksa menukar mesin penghasilan mereka ke mesin-mesin yang menggunakan karbon rendah atau terpaksa berhadapan dengan cukai karbon yang tinggi dan seterusnya akan menjual produk-produk besi dan keluli dalam harga yang tinggi.


Maklumat mengenai projek-projek di atas atau info-info terkini mengenai apa yang terjadi susulan pengumuman bajet akan diterangkan dalam laman-laman yang akan datang.


 

RUJUKAN


  1. Artikel Teks Ucapan Penuh Belanjawan 2025 oleh Sinarharian.com.my yang ditulis pada 18 Oktober 2024 pada pukul 6.36 petang

  2. Artikel dalam aplikasi The Star bertajuk Key Points from Budget 2025 yang ditulis pada 18 Oktober 2024 pukul 8.00 malam.

  3. Artikel dalam aplikasi The Star bertajuk Budget Day animated graphics : Works yang dikarang pada 19 Oktober 2024 pukul 2.09pagi

  4. Artikel dalam New Sarawak Tribune bertajuk Budget Increase Crucial for Projects : Nanta, dikarang oleh Margaret Ringgit, pada 20 Oktober 2024

  5. Website Jabatan Statistik Malaysia, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) | OpenDOSM.

  6. Artikel dalam laman sesawang New Straits Times bertarikh 18 Oktober 2024 dengan tajuk Carbon tax on iron and steel industry on 2026

2 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
bottom of page