top of page

Apakah makna jurutera berdaftar?

Writer's picture: IRSIRS

Akta 138


Selalunya kita sering tertanya tanya mengenai jurutera, apakah takrifan Jurutera di Malaysia, sebelum saya pergi lebih lanjut, perlulah pembaca mengetahui bahawa Jurutera di Malaysia tertakluk di bawah Registration of Engineers Act 1967, Akta 138 (Pindaan 2015), di dalam akta tersebut, tidak ada istilah khas tentang siapakah jurutera itu sebenarnya secara spesifik melainkan ia datang dengan 'kata nama' bagi jurutera tersebut, jadi menurut akta tersebut terdapat 5 jenis jenis jurutera, iaitu :-

  • Jurutera Bergraduasi,

  • Jurutera Profesional;

  • Jurutera Profesional dengan Amalan Praktik;

  • Pemeriksa Bertauliah (accredited Checker); dan

  • Jurutera Sementara.

    (untuk artikel ini, hanya memfokuskan kepada 3 yang diatas sahaja)


Jadi, setiap jurutera yang ‘claim’ bahawa dia adalah seorang jurutera perlulah ditanya dengan lebih jelas di kategori manakah aras atau peringkat pendaftaran kejuruteraan seseorang jurutera itu dengan Lembaga Jurutera Malaysia?


 

Lembaga Jurutera Malaysia, atau lebih popular dengan nama BEM, berasal dari perkataan abbreviation inggeris, Board of Engineers Malaysia, merupakan satu Lembaga yang perlu ditubuhkan mengikut Akta 138, dan terletak di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya Malaysia, tugas BEM adalah menguatkuasakan dan menjalankan akta 138, antaranya menguruskan pendaftaran jurutera.

 

Jika seseorang itu menyatakan bahawa dia merupakan seorang jurutera, tapi dengan gelaran yang berbeza seperti salah satu dari 5 di atas, itu adalah gelaran jurutera berdasarkan jawatan yang diberikan oleh syarikat tempat dia bekerja, bukan melalui pendaftaran secara rasmi atau melalui akta.


Jadi seorang jurutera tapak (oleh jawatan dari syarikat) boleh jadi jurutera professional yang berdaftar melalui akta ; ATAU boleh jadi juga jurutera yang dilantik di tempat kerja, langsung tidak mempunyai pendaftaran dengan akta, jadi secara rasminya dia bukanlah seorang jurutera walaupun syarikatnya mengiktiraf jawatannya jurutera.


Jadi apakah perbezaan antara gelaran 3 jurutera ini, (Jurutera Bergraduasi, Jurutera Professional dan Jurutera Profesional dengan Sijil Amalan)? bezanya adalah peringkat atau tier yang berbeza, jadi seorang jurutera pada mulanya akan menjadi Jurutera bergraduasi sebaik sahaja bergraduasi sebagai Jurutera dimana-mana university, kemudian menduduki penilaian untuk menjadi Jurutera Profesional dan seterusnya menduduki Peperiksaan untuk menjadi Jurutera Profesional dengan Sijil Amalan. Pembaca boleh merujuk kepada laman sesawang BEM untuk maklumat lanjut mengenai proses akreditasi.


Kalau mengikut Akta, hanya jurutera-jurutera yang berdaftar inilah yang boleh menjalankan kerja-kerja kejuruteraan dan nasihat kejuruteraan termasuk apa-apa sahaja kerja kebolehlaksanaan, perancangan, ukuran, rekaan, pembinaan, perlaksanaan, operasi, penyelenggaraan dan pengurusan kerja-kerja kejuruteraan atau projek termasuklah apa-apa sahaja servis kejuruteraan atau berkaitan dengan kejuruteraan, dan diterima oleh perlembagaan Malaysia melalui Akta tersebut.


Dalam akta tersebut juga menetapkan bahawa hanya Jurutera Profesional dengan Sijil Amalan (selepas ini digelar PEPC), boleh mendaftar perniagaan yang menjalankan kerja-kerja seperti ditulis di atas atau membuat apa-apa submission drawing ke pihak berkuasa dengan endorsemen;


Dan perniagaan atau penubuhan firma berkaitan kerja-kerja di atas hendaklah didaftarkan dibawah BEM, dan firma tersebut digelar Engineering Consultancy Practice (ECP) oleh Akta.


DI dalam akta tersebut juga memberitahu bahawa ECP ini HANYA boleh melantik jurutera-jurutera yang berdaftar dengan salah satu dari 5 peringkat pendaftaran ini untuk menjalankan kerja-kerja kejuruteraan atau memegang jawatan Jurutera di firmanya (syarikat ECP ini boleh melantik staf-staf sokongan yang bukan menjalankan kerja-kerja kejuruteraan, seperti HR, Clerk, Akaun dan lain-lain lagi, namun jawatan mereka bukanlah Jurutera, atau kerja-kerja fraterniti kejuruteraan seperti IOW atau Engineering Technologist).


Kejuruteraan Fraterniti


Selain itu, akta ini juga ada menyebutkan mengenai fraternity kejuruteraan, iaitu Inspector-of-Work dan Engineering Technologist dan secara langsung diuruskan pendaftarannya oleh BEM.


Inspector of Work (IOW)


IOW adalah satu jawatan yang diwujudkan bagi membantu jurutera dalam menjalankan kerja-kerja pemeriksaan di tapak, contohnya sekiranya jurutera itu dilantik untuk design sebuah bangunan, dan kerja-kerja penyeliaan perlu dijalankan sepanjang proses pembinaan dijalankan, maka IOW ini akan dilantik sepanjang proses pembinaan dan bekerja di bawah PE/PEPC dan melaporkan kemajuan, kualiti dan apa sahaja isu berkaitan pematuhan kepada dokumen kontrak sepanjang projek berlangsung.


Dalam pindaan akta terbaru, 2015, IOW juga menjadi sebahagian dari keluarga ‘pendaftaran’ BEM, maka seseorang IOW yang ingin bekerja dibawah PE/PEPC di tapak bina bagi menjalankan kerja-kerja pemeriksaan di tapak, perlulah berdaftar dengan BEM sebagai IOW mengikut kerangka Dublin Accord.


BEM adalah penandatangan bagi Dublin Accord, sebuah perjanjian khusus untuk engineering technician within the engineering team, bermaksud technician kejuruteraan yang bekerja dalam pasukan jurutera, setakat ini BEM hanya mengaplikasikan kepada pemegang jawatan IOW sahaja, kerana biasanya hanya jawatan IOW ini bekerja dengan Jurutera, dan belum lagi bagi jawatan-jawatan yang lain.


Engineering Technologist


Berkenaan Kejuruteraan Teknologis ini sesuatu yang agak baru, apa yang saya tahu adalah kejuruteraan teknologis ini bezanya dengan Jurutera adalah Jurutera adalah pihak yang focus kepada kerja-kerja perancangan, rekaan atau nasihat kejuruteraan, manakala teknologis adalah pelaksana kepada rekaan kejuruteraan tersebut, dan perbezaan proses akreditasi bagi jurutera dan teknologist kejuruteraan adalah masing-masing adalah signatories yang berbeza, iaitu Sydney Accord dan Washington Accord, walaupun pihak yang menandatangani di Malaysia adalah badan yang sama iaitu BEM. Dan ini adalah cuplikan dari laman sesawang Sydney Accord mengenai apakah Engineering Technologist ini.


‘It recognises the importance of the roles engineering technologists as part of a wider engineering team. Even though the term engineering technologist is used throughout, it is mindful that these are often termed differently within the specific jurisdictions. It also includes roles such as certified or applied science technologists, which may also be called associate or incorporated engineers’


Menurut sedikit maklumat dalam laman sesawang universiti tempatan yang menawarkan jurusan Sarjana Muda Teknologi Pembinaan Bangunan, dan dalam prospek kerja yang diberi adalah seperti berikut :-

Graduates will work in almost every part of building technology, including construction and project management, sustainable design, green building, and energy conservation, and sales and marketing of building materials. From technical and research jobs to sales and construction management’.


Antara jawatan yang dicadangkan oleh kebanyakan Universiti adalah :-


Main Contractor / Site Inspector / Quality Control / Technical Support / Consruction Manager/ Maintenance Officer / Teknologis kejuruteraan bangunan atau bahan / Jurutera bangunan / Jurutera penyelenggaraan / Bekerja dengan Pemaju Perumahan.


Oleh kerana prospek ini masih 'hijau', maka kita tunggu sahaja bagaimana perlaksanaannya nanti.

 

Accord


Dalam topik di atas ada beberapa kali perkataan Accord ini diulang, apakah maksud sebenar Accord ini?


Malaysia merupakan ahli signatory atau pihak yang menandatangani perjanjian kompetensi antarabangsa untuk mengakreditasikan jurutera, dan Malaysia dengan wakilnya iaitu BEM, telah menandatangani 3 accord iaitu Washington Accord (pada 2009) , Sydney Accord (pasa dan Dublin Accord.


Washington Accord, Sydney Accord dan Dublin Accord ini adalah tiga perjanjian berbeza antara kumpulan agensi yang bertanggungjawab (di Malaysia BEM) untuk mengakreditasi atau mengiktiraf kelayakan kejuruteraan peringkat tertiary (samada sijil, diploma atau degree) bagi membantu pengamal kejuruteraan (iaitu jurutera profesional, teknologi kejuruteraan dan juruteknik kejuruteraan) bagi memegang kelayakan yang sesuai. Keahlian adalah sukarela, tetapi para penandatangan komited pembangunan substantial equivalency yang bermaksud membangunkan program yang sama konsepnya antara negara ahli, tetapi mungkin berbeza dari segi method atau cara perlaksanaannya berdasarkan persekitaran negara tersebut.


Ketiga-tiga Accord ini diuruskan oleh International Engineering Alliances (IEA), IEA ini adalah sebuah non-profit organisation global, yang terdiri daripada ahli-ahli dari 41 bidang kuasa dalam 29 negara (termasuk BEM) , merentasi 7 perjanjian antarabangsa. Perjanjian antarabangsa ini mengawal pengiktirafan kelayakan pendidikan kejuruteraan dan kompetensi profesional kejuruteraan. Melalui Accord-accord Pendidikan dan perjanjian kompetensi ini, anggota IEA menetapkan dan menguatkuasakan piawaian yang diukur secara antarabangsa untuk pendidikan kejuruteraan dan kompetensi yang dijangkakan untuk amalan kejuruteraan untuk dipraktikkan di negara-negara ahli.

 

Apa kepentingan akreditasi Jurutera di Malaysia mengikut Washington Accord ini?

Antara sebabnya adalah recognition, dan untuk menyelesaikan masalah pelajar-pelajar Malaysia yang mengambil program kejuruteraan di university luar negara dan pulang ke Malaysia untuk bertugas sebagai Jurutera dan memohon untuk diakreditasi sebagai jurutera melalui BEM.

 

Menurut George Peterson, Secretariar Washington Accord 2001-2007, ;

How do we build mutual understanding among nations about the quality of engineers who enter the globally connected workplace? The Washington Accord agreement answered the question’

 

Katakanlah,

Seorang pelajar pulang dari New Zealand, belajar kejuruteraan di sebuah University di New Zealand yang program kejuruteraannya tel;ah diakreditasi (New Zealand juga merupakan pihak yang menandatangani Washington Accord melalui badan Engineer New Zealand).Apabila pulang, maka pelajar tersebut boleh memohon untuk menjadi Jurutera Bergraduat kerana New Zealand merupakan ahli yang menandatangani Washington Accord.

 

Begitu juga sebaliknya, jika jurutera yang bergraduasi di Malaysia (university yang mempunyai program kejuruteraan yang diakreditasi) berhijrah ke New Zealand dan memohon untuk menjadi Chartered Engineer di sana, permohonan boleh dilakukan. Di New Zealand, gelaran Chartered Engineer digunakan bukannya Profesional Engineer.

 

Salah satu perkara menarik jika kita ingin diakreditasi sebagai jurutera mengikut kerangka Washington Accord ini adalah ia menggunakan konsep Outcome-based, jadi apakah konsep outcome based ini?


Maksudnya, BEM yang menentukan outcome apa yang diinginkan dari seorang calon, berdasarkan elemen kompetensi yang didapati, manakala calon ada kuasa penuh untuk membuktikan melalui pengalaman, bakat dan ilmu untuk mencapai outcome yang diperlukan. Ia berbeza dengan input based dimana input based adalah seperti Latihan industry, kita berkerja dalam tempoh tertentu dibawah seorang penyelia, apa sahaja tugas diberikan, kita buat dan rekod sahaja, dan kita buktikan sewaktu presentation, namun bagi outcome based, calon diberikan rangka elemen kompetensi, dan calon bolehla merancang bagaiman untuk mematuhi kepada kesemua elemen tersebut sewaktu proses penilaian nanti.

 

Menjadi Jurutera Professional

 

Malaysia menggunapakai gelaran jurutera professional untuk menunjukkan bahawa dia telah membuktikan dirinya adalah seorang jurutera by profession selama 3 tahun atau lebih dan telah membuktikan 5 elemen kompetensi. Untuk menjadi Jurutera Profesional di Malaysia ini terdapat 3 peringkat:-


1.       Jurutera Bergraduasi – seseorang calon boleh mendaftar sebagai jurutera apabila ia bergraduasi dari program kejuruteraan yang university atau mana-mana pusat Pendidikan tertiary yang diakreditasi samada dari Malaysia atau negara yang menandatangani Washington Accord.


2.       Jurutera Professional – Setelah 3 tahun atau lebih mendaftar sebagai jurutera bergraduasi dan menjalankan amalan sebagai jurutera sepanjang tempoh itu (3 tahun atau lebih), jurutera bergraduasi itu bolehla memohon untuk menduduki penilaian kod amalan, dimana seorang calon itu perlu membuktikan dirinya layak menjadi jurutera professional melalui penilaian code of conduct, sekiranya lulus, bolehlah memohon untuk menjadi Jurutera Profesional atau mempunyai title Ir dihadapan, dan boleh mempunyai cop hexagon untuk menunjukkan atau mempamerkan jawatannya.


3.       Jurutera Profesional dengan Sijil Amalan – gelaran ini adalah gelaran tertinggi, untuk menduduki jawatan ini, seseorang jurutera professional perlulah menduduki peperiksaan kompetensi, dan lulus, selepas itu, barulah ia boleh mendapat gelaran PEPC dan mempunyai cop bulat. PEPC ini mempunyai hak yang tertinggi iaitu dia boleh membuka firma kejuruteraannya sendiri. Dan hanya PEPC boleh menghantar lukisan yang diendosed olehnya ke PBT untuk kelulusan.


Saya tidak menulis mengenai accredited checker atau jurutera sambilan, kerana ilmu mengenainya agak terhad bagi, saya, dan untuk jurutera Malaysia, kefahaman mengenai 3 ini sudah cukup memadai sekiranya ingin menjadi Jurutera Profesional.

 

Praktis negara lain

 

Sekiranya Malaysia merupakan sebahagian dari penandatangan Washington Accord, bagaimana dengan penandatangan yang lain? Saya ambil beberapa negara contoh di, kesemua contoh-contoh ini hanya rujukan di laman sesawang sahaja, praktis sebenar mungkin berbeza atau lebih complicated, kenapa begitu? Kerana kebanyakan laman sesawang (termasuk BEM) memberikan perjalanan atau kronologi asas tentang bagaimana seorang calon itu ingin menjadi Jurutera Profesiona atau Chartered atau Locensed, praktis sebenar perlulah seorang jurutera itu dengan inisiatif sendiri, samada menghadiri seminar berkaitan.

 

Australia

Ini sedikit sebanyak mengenai apa yang saya tahu mengenai pendaftaran jurutera di Australia yang diuruskan oleh Engineering Australia. apa yang saya tahu adalah proses untuk menjadi jurutera bergraduasi agak sama seperti Malaysia, Cuma untuk menjadi jurutera, menggunakan outcome-based, ada 16 competency element yang perlu dibuktikan, dan terdapat 2 stages, iaitu stages 1 dan 2. Tentang apakah criteria untuk menduduki stage 1 atau 2 tidaklah begitu difahami.

 

New Zealand

New Zealand, melalui badan akreditasinya Engineering New Zealand,  menyatakan bahawa untuk mengakreditasi seseorang Jurutera mempunyai 6 peringkat, walaupun dilihat banyak tetapi keenam-enam proses itu bukan sesuatu yang perlu dirisaukan, sebaliknya kombinasi mudah antara elemen-elemen asas, antara calon dan pihak Engineering New Zealand. Seperti Australia, Jurutera Professional digelar Chartered Engineer.


Peringkat 1 adalah kelayakan, iaitu seseorang jurutera itu wajib bergraduate dari mana-mana negara yang menandatangani Washington Accord, sudah pasti termasuk New Zealand.


Peringkat kedua adalah bekerja selama 4-6 tahun dalam bidang kejuruteraan dan disahkan pengalaman, tidak diberitahu secara lanjut mengenai perincian pengesahan.


Peringkat ketiga adalah memohon secara online untuk menjadi jurutera professional di Engineering New Zealand.


Peringkat keempat adalah Engineering New Zealand akan melantik penasihat untuk validasi maklumat pemohon melalui online.


Peringkat kelima adalah proses evaluasi,


Peringkat keenam adalah Keputusan.

 

Canada


Canada menggelarkan jurutera mereka sebagai Jurutera berlesen, (licensed engineer), jika seorang calon ingin memohon untuk menjadi jurutera berlesen, maka ia perlu memenuhi kriteria berikut :-


1.       Berkelayakan dari segi akademik – soerang calon perlulah mengemukakan skrol atau transcript sebagi bukti graduasi sebagai seorang jurutera, dan bukti ini mungkin perlu disahkan oleh pihak ketiga yang bebas. Saya tidak pasti apa maksud mungkin (may) yang digunakan dalam laman sesawang tersebut, apakah acceptance criteria yang menyatakan seorang calon itu perlu pihak ketiga dan siapakah pihak ketiga itu tidak dinyatakan, namun mungkin juga pihak ketiga itu jurutera berlesen, mungkin.

2.       Pengalaman kerja – seorang jurutera perlu membuktikan bahawa ia mempunyai 4 tahun pengalaman kerja di bawah seliaan seorang Jurutera berlesen Canada.

3.       Kebolehan berkomunikasi - samada bercakap atau menulis dalam Bahasa Inggeris atau France.

4.       Faham etika dan undang-undang jurutera.


Apakah maklumat yang perlu diperlukan oleh Engineer Canada untuk melayakkan calon menjadi jurutera berlesen setelah cukup pengalaman kerja? Engineering Canada memerlukan calon membuktikan 7 kompetensi kejuruteraan.


Kompetensi A – Bagaimana calon apilkasi ilmu, kaedah dan Teknik kejuruteraan

Kompetensi B – Bagaimana calong menggunaKkan teknologi, peralatan dan alat kejuruteraan

Kompetensi C – Bagaimana calon memelihara kepentingan masyarakat sekeliling?

Kompetensi D – Bagaimana menguruskan aktiviti kejuruteraan?

Kompetensi E – Bagaimana menguruskan maklumat kejuruteraan?

Kompetensi F – Bagaimana calon bekerja dengan bekerjasama atau mengambil kira keperluan pemegang taruh di Kanada?

Kompetensi G – Bagaimana calon memelihara dan meningkatkan ilmu dan Kemahiran kejuruteraan?



 
 
 

Recent Posts

See All

Projek Mobiliti Johor

Wakil-wakil dari kerajaan negeri Johor, Jabatan Kerja Raya negeri, serta wakil daripada MoT dan Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) Pejabat...

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
  • Instagram
  • Facebook
  • LinkedIn
  • TikTok
  • X
  • Telegram
  • Whatsapp

© 2020 by IRS. 

Tel. 013-729 7847

bottom of page